Abstract
Pengutaraan tesis ini dalam konteks akademiknya mengupas perbincangan mengenai sejarah perkembangan Galeri Shah Alam yang dalam ertikata lain ia merangkumi keseluruhan mengenai institusi Galeri Shah Alam itu sendiri. Di sini penulis dapat mengetahui sejarah perkembangan Galeri Shah Alam. Secara
kronologinya ia dibuka pada 260 Januari 1991, yang pada asalnya di bawah Pentadbiran Pertubuhan Yayasan Seni Selangor sehingga kini awal tahun 1999 kemudian ditutup buat sementara waktu untuk proses pengubahsuaian. Dalam pada
itu, penulis telah mengenal pasti berbagai- bagai aspek dalam mengkaji perkembangan Galeri Shah Alam. Antaranya ialah mengenal pasti lokasi bangunan galeri samada ia akan kekal dengan senibina tersebut ataupun tidak, mengenal pasti
pentadbiran pihak galeri dalam melaksanakan tanggungjawabnya, mengenal pasti aktiviti- aktiviti yang diadakan dari awal era 90an hingga hujung 90an dan sebagai penutup tirai, rumusan dan cadangan dibuat sebagai komen ke atas perkara kajian.
Tesis ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan maklumat kepada para penggemar seni dan masyarakat mengenai sejarah perkembangan Galeri Shah Alam dan secara tidak langsung penulis dapat mengenal pasti peranan yang dimainkan olehgaleri tersebut dalam era 90an dan pada masa akan datang.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Nor, Nurdiana UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Museums (General). Collectors and collecting (General) > Description and history of museums > By region or country, A-Z > Asia > Other Asian countries, A-Z > Malaysia N Fine Arts > N Visual arts (General) > Art museums, galleries, etc. > Organization > Malaysia > Selangor |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Galeri Shah Alam, sejarah, pemuliharaan, Pertubuhan Yayasan Seni Selangor |
Date: | 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14372 |
Download
TD_NURDIANA MOHD NOR AD 00_5.pdf
Download (1MB)