Kertas konsep ini membincangkan tentang faktor pemboleh ubah Islam dalam mempengaruhi kelakuan pembelian pengguna. Objektif kertas ini adalah untuk menjelaskan Islam sebagai faktor yang berperanan mempengaruhi kelakuan pengguna Muslim. Sarjana pemasaran konvensional menyatakan bahawa kelakuan pembelian pengguna melalui beberapa disiplin ilmu seperti budaya, sosial, personal dan psikologi. Teori ini langsung tidak menjadikan elemen agama sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi kelakuan pengguna. Pandangan ini sudah semestinya bercanggah dengan perundangan Islam yang meletakkan persoalan halal dan haram serta pahala dan dosa sebagai persoalan utama dalam urusan seharian manusia. Oleh itu, sarjana pemasaran Islam telah meletakkan elemen Islam sebagai pemboleh ubah utama yang mempengaruhi kelakuan pengguna Muslim. Terdapat lima faktor yang mempengaruhi kelakuan pengguna Muslim, iaitu Islam, budaya, sosial, personal dan psikologi. Sarjana Islam telah menetapkan kod etika bagi pengguna muslim yang wajib dipatuhi, iaitu pengharaman riba, penglibatan dalam ketidakpastian, penglibatan dalam perjudian, arak yang memabukkan, babi, hiburan yang melalaikan dan perkara yang berkaitan dengan zina atau maksiat. Islam turut menekankan kepada pengamalan akhlak Islam dalam urusan kepenggunaan seharian seperti bersederhana, menghindari pembaziran dan sebagainya. Oleh yang demikian, kertas konsep ini berjaya membahaskan tentang elemen Islam sebagai faktor tambahan kepada teori yang dikemukakan oleh sarjana konvensional terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan pengguna Muslim.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Bujang, Saimi saimi496@uitm.edu.my Abdullah, Firdaus fir@uitm.edu.my Abdullah, Johari johariabdullah@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus |
| Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
| ISSN: | 2948-5045 |
| Volume: | 13 |
| Page Range: | pp. 361-373 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Islam, Pengguna, Kelakuan, Muslim |
| Date: | 6 September 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143664 |
143664.pdf
