Penggunaan illustrasi kalendar syarikat penerbangan Malaysian Airline System Berhad (MAS) / Nur Hidayah Ahmad @ Mohd. Esa

Ahmad @ Mohd. Esa, Nur Hidayah (2003) Penggunaan illustrasi kalendar syarikat penerbangan Malaysian Airline System Berhad (MAS) / Nur Hidayah Ahmad @ Mohd. Esa. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Tujuan dan matlamat: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tentang penggunaan kalendar dan tema atau konsep illustrasi pada kalendar syarikat penerbangan Malaysian Airline System Berhad (MAS). la juga adalah untuk memberi maklumat kepada orang ramai supaya mereka lebih peka dan sensitif
terhadap penggunaan illustrasi pada kalendar. Selain itu, ia juga adalah untuk mendidik masyarakat agar menghayati nilai estetik dan menerima illustrasi ini sebagai salah satu media pendidikan yang terpenting pada masa kini dalam usaha kerajaan memupuk Wawasan 2020.
Kepentingan: Melalui kajian ini, masyarakat akan dapat mengetahui dengan lebih lengkap dan terperici mengenai jenis-jenis illustrasi dan keunikan yang terdapat pada kalendar Malaysian Airline System Berhad (MAS). lni adalah kerana kebanyakan masyarakat sukar untuk memahami dengan jelas, apa itu illustrasi yang sebenamya. la juga merungkap segala huraian tentang segala yang menjadi tanda tanya selama ini
Kaedah dan metodologi: Menjalankan kajian berdasarkan strategi-strategi untuk membuat analisa terhadap perkara-perkara tertentu. Hal ini bertujuan untuk penulis mendapatkan ketepatan sumber mengenai tajuk yang dipilih. Antara kaedah yang
digunakan ialah kaedah prima iaitu temubual terhadap para responden yang ditemui. Selain itu, maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan kepada soalan kaji-selidik (questionaire) yang diedarkan untuk mengetahui reaksi mereka terhadap illustrasi.
Melalui kaedah sekunder pula, maklumat dan rujukan diperolehi daripada perpustakaan Melaka dan Kuala Lumpur. Penulis juga telah mengumpul beberapa maklumat yang penting tentang apa sahaja yang berkaitan dengan illustrasi yang dipetik daripada pelbagai sumber. Selain itu juga, maklumat dapat dikumpulkan
melalui pemerhatian (observation) daripada majalah, buku, internet dan pengurnpulan gambar-gambar illustrasi kalendar Malaysian Airline System (MAS).
Kesimpulan: Dapat disimpulkan di sini bahawa kajian yang dijalankan ini dapat mengkaji tentang penggunaan illustrasi pada kalendar Malaysian Airline System Berhad (MAS). lni dapat membantu masyarakat untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang illustrasi dan peranannya dalam menyampaikan mesej atau gambaran dan seterusnya menjadi 'guru' dalam mendidik masyarakat. Adalah menjadi harapan penulis agar buku yang dihasilkan ini menjadi wahana dalam membuka minda masyarakat kini amnya dan generasi yang datang khususnya.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_NUR HIDAYAH AHMAD @ MOHD. ESA AD 03_5.pdf] Text
TD_NUR HIDAYAH AHMAD @ MOHD. ESA AD 03_5.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

14362

Indexing

Statistic

Statistic details