Konsep (Ta’dib) dalam pendidikan Islam berdasarkan pemikiran al-Ghazali dan al-Attas

Mohd Yusop, Haslinawati and Mohd Arshad, Asmaa (2026) Konsep (Ta’dib) dalam pendidikan Islam berdasarkan pemikiran al-Ghazali dan al-Attas. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 12 (1): 8. pp. 98-105. ISSN (e-ISSN) :0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v12i1.8

Abstract

Para sarjana Islam telah mendefinisikan pendidikan menggunakan pelbagai istilah. Sebagai contoh, al-Ghazali dan al-Attas secara mendalam membincangkan konsep pendidikan dalam Islam melalui penggunaan istilah ta’dib. Mereka menekankan bahawa tujuan utama pendidikan Islam terletak pada membentuk akhlak serta budi pekerti yang mulia berasaskan ilmu yang benar. Dalam konsep adab, kedua-dua elemen ilmu dan amal saling berkaitan, manakala proses menanamkan adab dikenali sebagai ta’dib. Hasilnya, pendidikan ini melahirkan individu beradab, iaitu mereka yang insaf dan sedar akan tanggungjawab terhadap Pencipta, Allah dan Rasul-Nya, serta berusaha mengecapi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Individu ini juga melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh keikhlasan, mematuhi nilai akhlak serta syariat Islam. Maka, pemahaman tentang konsep ta’dib perlu diberikan pengamatan teliti oleh para pendidik bagi mencorakkan akhlak yang luhur berlandaskan ilmu yang sahih. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan terhadap karya al-Ghazali dan al-Attas. Dapatan daripada pemikiran kedua-dua tokoh ini menunjukkan bahawa konsep dan pendekatan ta’dib selaras dengan matlamat falsafah pendidikan Islam yang bertujuan melahirkan insan beradab dan berakhlak tinggi, mencontohi sifat al-Insan al-Kamil, iaitu Nabi Muhammad SAW.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Yusop, Haslinawati
UNSPECIFIED
Mohd Arshad, Asmaa
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Biography
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: (e-ISSN) :0128-0902
Volume: 12
Number: 1
Page Range: pp. 98-105
Keywords: Al-Ghazali, Al-Attas, Akhlak, Ta’dib, Pendidikan
Date: 21 April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143573
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 143573.pdf] Text
143573.pdf

Download (340kB)

ID Number

143573

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details