Abstract
Kajian ini bertujuan mensintesis konsep kemurungan daripada perspektif holistik dengan meneliti asas teoretis psikospiritual Islam serta menganalisis secara kritikal kaedah-kaedah intervensi psikospiritual dalam literatur sedia ada. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui tinjauan literatur konseptual, kajian ini menganalisis karya ilmiah terpilih dalam bidang psikologi Islam, tasawuf dan kesihatan mental yang diterbitkan antara tahun 2020 hingga 2025. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemurungan merupakan keadaan multifaktorial yang tidak dapat difahami secara terhad melalui dimensi biologi dan psikologi semata-mata, sebaliknya berkait rapat dengan ketidakseimbangan struktur jiwa insan yang melibatkan nafs, qalb, ruh dan ‘aql. Psikospiritual Islam menyediakan satu kerangka konseptual yang menyepadukan dimensi spiritual sebagai teras kesejahteraan mental, dengan mekanisme pemulihan berasaskan makrifat al-nafs, mujahadah al-nafs dan riyadhah al-nafs. Kajian ini menyumbang secara konseptual dengan membangunkan satu kerangka psikospiritual Islam yang berakar pada epistemologi dan pandangan alam Islam, sekali gus memperkukuh kedudukan psikologi Islam dalam wacana kesihatan mental kontemporari, khususnya dalam konteks Malaysia. Kajian ini juga membuka ruang kepada penyelidikan empirikal lanjutan bagi menguji dan memperhalusi kerangka yang dicadangkan dalam pelbagai konteks institusi dan budaya.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Jaafar, Ahmad Jamil UNSPECIFIED Osman, Ahmad Sabri UNSPECIFIED Mohamed Yusof, Mohd Faiz UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam R Medicine > RC Internal Medicine |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
| ISSN: | (e-ISSN) :0128-0902 |
| Volume: | 12 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 71-81 |
| Keywords: | Intervensi spiritual, Kemurungan, Kesejahteraan mental, Psikospiritual |
| Date: | 1 April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143568 |
