FLASH3R

Raban, Ra Flora and Aling, Dora and Tajudin, Radzi and Lim, Pollie Poh Yue and Kong, Vestly Liang Soon (2025) FLASH3R. In: Pioneering Educational Perspectives: Series 2025. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 208-211. ISBN 978-967-0033-31-0
Abstract

Kajian ini memperkenalkan Kaedah “FLASH3R”, sebuah pendekatan pembelajaran inovatif yang menggabungkan empat langkah utama: Flash (penggunaan imej visual yang menarik), Read (membaca maklumat yang ringkas dan jelas), Repeat (pengulangan konsep untuk memperkukuh pemahaman), dan Remember (penggunaan kaedah interaktif untuk membantu ingatan jangka panjang). Kaedah ini memanfaatkan teknologi digital dengan menyediakan alat bantu mengajar yang interaktif dan berkesan, bertujuan meningkatkan penglibatan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam pembelajaran kosa kata bagi tajuk Mengenali Bahagian Tumbuhan dalam subjek Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar Tahun 4, Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Keberkesanan Kaedah “FLASH3R” akan dinilai melalui analisis maklum balas serta prestasi murid sebelum dan selepas penggunaannya. Digital flashcard yang digunakan dalam kaedah ini dibina melalui perisian Canva, dengan tujuan memperkayakan pengalaman pembelajaran dan meningkatkan penguasaan kosa kata MBPK secara menyeluruh. Kaedah ini boleh diaplikasikan dalam mana-mana mata pelajaran yang memerlukan murid mengenal dan mengingat perkataan atau kosa kata yang diajar oleh guru. Kami berharap latihan melalui aplikasi Canva ini dapat membantu murid, khususnya MBPK, dalam meningkatkan penguasaan kosa kata serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Slaid perkataan bergambar akan ditunjukkan selama 5 saat sahaja dan aktiviti akan diulang pada slaid perkataan tanpa gambar. Aktiviti akan diulang sebanyak 3 kali. Kaedah ini yang membantu MBPK untuk mengingati perkara yang telah dipelajari melalui pendekatan berulang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143534.pdf]
Text
143534.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics