Penilaian hadis-hadis masyhur mengenai hubungan antara suami dan isteri: takhrij dan solusi

Amiruddin, Nur Adilah and Adenan, Suhaibah and Othman, Fadlan Mohd (2022) Penilaian hadis-hadis masyhur mengenai hubungan antara suami dan isteri: takhrij dan solusi. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 13: 40. pp. 300-303. ISSN 2948-5045
Abstract

Teknologi hari ini menjadikan dunia ibarat tanpa sempadan kerana maklumat begitu mudah tersebar. Pelbagai aplikasi yang ada telah menjadi medium penyebaran maklumat yang pantas. Hadis-hadis berkaitan hubungan antara suami dan isteri juga tidak terkecuali daripada tersebar meluas tanpa mengira kesahihan hadis tersebut. Adakalanya sesuatu hadis seperti sangat popular namun sebenarnya ia adalah palsu dan bukanlah hadis. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti dan menganalisis hadis-hadis yang masyhur (popular) berkaitan hubungan antara suami dan isteri sekaligus mencadangkan hadis yang lebih sesuai untuk diamalkan jika hadis yang popular itu adalah palsu. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kenyataan yang mengatakan memandang Wanita cantik menambahkan ketajaman penglihatan dan talaq menggegarkan ‘arasy Allah adalah hadis maudu’ iaitu palsu. Pengkaji juga telah mencadangkan hadis sahih yang lebih sesuai diamalkan dalam bab ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143520.pdf]
Text
143520.pdf
Download (188kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics