Hukum Mim Sakinah (م ( merupakan sebahagian hukum asas dalam bidang tajwid dan termasuk dalam silibus yang diperkenalkan kepada murid yang berada di peringkat sekolah rendah dan menengah. Walaubagaimanapun, kesalahan dalam bacaan al-Quran lazim berlaku khususnya pada Mim Sakinah (م ( masih berlaku samaada dalam kalangan remaja mahupun dewasa. Mim Sakinah 101 merupakan inovasi hukum tajwid bagi topik Mim Sakinah (م ( yang dibangunkan dengan gabungan tiga (3) perisian iaitu Microsoft Powerpoint, Genially, dan Chatbase. Perisian ini mengandungi tiga (3) komponen iaitu a) penerangan konsep asas hukum Mim Sakinah (م) ( content); b) pentaksiran kendiri menggunakan kuiz; serta c) soal jawab interaktif berkenaan hukum Mim Sakinah (م ( secara real-time. Secara umumnya, perisian Mim Sakinah 101 sesuai untuk digunakan kepada seluruh lapisan masyarakat, khususnya kepada murid yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi matapelajaran Maharat alQuran. Pembinaan perisian Mim Sakinah 101 diharapkan memberi implikasi kepada proses pembelajaran hukum Mim Sakinah (م ( menjadi interaktif melalui pelbagai medium sekaligus menarik minat murid dalam mempelajari hukum tajwid.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Murihah murihah16@gmail.com Burhanudin, Izzat Rafiq UNSPECIFIED Mohamed Suhami, Muhammad Najibullah UNSPECIFIED Badrol Hisham, Affan UNSPECIFIED Saidin, Nor Farhah UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > Academy of Language Studies |
| Event Title: | Pioneering Educational Perspectives: Series 2025 |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 204-207 |
| Keywords: | Inovasi, Tajwid, Hukum mim sakinah, Interaktif, Maharat al-Quran |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143517 |
143517.pdf
