Abstract
Pembangunan yang mampan dalam menuju ke arah sebuah negara yang maju memerlukan perubahan teknologi yang seiring dalam pelbagai aspek. Asas kepada pencapaian sebuah pembangunan infrastruktur juga didokong oleh kecanggihan teknologi yang digunakan. Kerja ukur tanah adalah antara nadi asas dalam menjayakan sesuatu projek infrastruktur, justeru itu, sebarang penggunaan teknologi peralatan dan kaedah pengukuran terkini akan merancakkan dan melancarkan lagi sesebuah projek di lapangan. Penubuhan titik kawalan amat penting dalam sebarang kerja ukur tanah, kerana ia akan menjadi nadi kepada projek pembinaan di dalam sesuatu kawasan kerja. Kaedah Masa Hakiki Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) membolehkan pengguna mendapat terus nilai dilapangan tanpa melalui proses pasca pemprosesan. Kaedah ini semakin digemari oleh kebanyakan jurukur di lapangan kerana nilai data cerapan boleh digunakan dan disemak terus semasa pengukuran. Ini menjimatkan masa pengukuran dan secara langsung menjimatkan kos pengukuran. Keberkesanan kaedah masa hakiki GPS ini dikaji dari segi konsistensi data cerapan, waktu yang sesuai untuk membuat cerapan samada malam, pagi, tengah hari atau petang dan tempoh masa yang sesuai samada 5s, 20s atau 30s. Kesan pengaruh Precision Dilution of Position (PDOP) juga dikaji untuk melihat kesan terhadap data cerapan. Hasil kajian menunjukkan purata bacaan koordinat memenuhi spefisikasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu tidak melebihi 3cm nilai utaraan, 3 cm nilai timuran dan 6 cm untuk nilai ketinggian pada semua stesen cerapan kecuali di stesen tepi bangunan tinggi dan di dalam hutan pada masa tengah hari untuk nilai ketinggian.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Satar, Asiah asiah@polisas.edu.my Nordin, Nor Azme azme@polisas.edu.my Mohamed, Sulzakimin zakimin@uthm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Yusof, Nor Azrina yina1437@uitm.edu.my Editor lee, Chai Chuen lcc76@uitm.edu.my Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022 |
| ISSN: | 9789672948339 |
| Page Range: | pp. 220-228 |
| Keywords: | Masa hakiki GPS, Pasca pemprosesan, Konsistensi, Waktu dan tempoh |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143507 |
