Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) adalah bahasa isyarat yang digunakan oleh komuniti orang pekak di Malaysia. Ia merupakan bahasa yang lengkap dengan struktur tatabahasa dan peraturan tersendiri, berbeza daripada bahasa lisan seperti Bahasa Melayu atau bahasa isyarat yang digunakan di negara lain. Menyedari hakikat ini, kami telah menghasilkan inovasi EModul Kursus Asas Bahasa Isyarat Malaysia (em-KABIM) yang direka khas untuk kegunaan guru pelatih yang mengambil pengkhususan kursus isyarat kod tangan. Modul ini juga turut memudahkan mereka yang berminat untuk berkomunikasi dengan komuniti orang pekak di Malaysia. Tinjauan mendapati majoriti guru pelatih dapat menguasai kemahiran BIM melalui Modul “em-KABIM” ini dengan mudah dan menyeronokan. Antara komponen utama dan kelebihan yang terdapat pada Modul “em-KABIM” adalah merangkumi 10 modul rakaman asas Modul “em-KABIM” yang menunjukkan pelbagai BIM dihasilkan melalui aplikasi Capcut, Latihan melalui aplikasi wordwall yang membantu pelajar belajar kemahiran BIM secara aktif dan Penilaian kendiri melalui aplikasi Google Forms untuk menilai kefahaman peserta terhadap isyarat yang dipelajari. Harapan agar inovasi “em-KABIM” bakal menjadi nilai tambah dalam dunia pendidikan khas buat bakal guru dan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Bermasalah Pendengaran. Akhir sekali, prospek pengkomersilan yang terdapat pada produk “em-KABIM” adalah sesuai digunakan oleh organisasi yang terlibat dalam dunia Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Kong, Vestly Liang Soon UNSPECIFIED Lim, Pollie Poh Yue UNSPECIFIED Mohd Rusdin, Norazlin norazlinrusdin@gmail.com Kway, Eng Hock UNSPECIFIED Gnana Piragasam, Grace Annammal UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices L Education > LC Special aspects of education > Education of special classes of persons > Exceptional children and youth. Special education > Students with disabilities |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > Academy of Language Studies |
| Event Title: | Pioneering Educational Perspectives: Series 2025 |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 196-199 |
| Keywords: | e-Modul, Bahasa isyarat Malaysia, Guru pelatih, Murid berkeperluan pendidikan khas, Bermasalah pendengaran |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143506 |
143506.pdf
