Model wakaf untuk pendidikan: pengalaman Malaysia, Indonesia dan Thailand

Muhamad Don, Mohd Ali and Che Yaacob, Ahmad and Langputeh, Sukree and -, Syahruddin (2022) Model wakaf untuk pendidikan: pengalaman Malaysia, Indonesia dan Thailand. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 13: 32. pp. 246-251. ISSN 2948-5045

Official URL: https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/issue/...

Abstract

Wakaf untuk pendidikan bermaksud mewakafkan tanah atau harta alih untuk tujuan pendidikan seperti membina institusi pendidikan ataupun membiayai kos operasi institusi pendidikan dan menyediakan kemudahan kepada para pelajar yang memerlukan agar jariah pewakaf berpanjangan. Model wakaf untuk pendidikan dikaitkan dengan penubuhan Universiti al-Azhar di Mesir. Namun begitu di Nusantara terdapat pelbagai model wakaf untuk pendidikan yang berlatarbelakang sosio ekonomi masyarakat di sesebuah negara yang sangat menarik untuk dikaji dan diteliti. Untuk itu, kajian ini memfokus kepada model wakaf pendidikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universitas Islam Darussalam (UNIDA) di Indonesia dan Universiti Fatoni di Thailand sebagai asas perbandingan. Data kajian diperoleh melalui kolaborasi penyelidikan bersama wakil penyelidik daripada universiti yang diteliti. Seterusnya data kajian yang diperoleh dianalisis dan dibuat perbandingan dengan maklumat daripada sumber literatur dan dilaporkan dalam bentuk kertas kerja penyelidikan. Hasil kajian mendapati UTM telah memiliki aset wakaf berjumlah RM6.8 Juta, UNIDA cemerlang dengan model wakaf produktif dan wakaf diri manakala Universiti Fatoni berkembang melalui dana wakaf sumbangan antarabangsa. Ketiga-tiga model wakaf ini mempunyai keunikan tersendiri yang mampu menyerlahkan potensi pengembangan harta wakaf untuk pendidikan dan boleh dicontohi oleh institusi pendidikan di Borneo untuk memacu kecemerlangan ummah sejagat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhamad Don, Mohd Ali
mohda264@uitm.edu.my
Che Yaacob, Ahmad
ahmadcy@utm.my
Langputeh, Sukree
langputeh@gmail.com
-, Syahruddin
shaheeda@unida.gontor.ac.id
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Volume: 13
Page Range: pp. 246-251
Related URLs:
Keywords: Wakaf, Model wakaf pendidikan, UTM, Unida, Fatoni University
Date: 6 September 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143474
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 143474.pdf] Text
143474.pdf

Download (218kB)

ID Number

143474

Indexing

Statistic

Statistic details