Abstract
Tanggungjawab sosial dalam Islam bukan sahaja tanggungjawab sesama masyarakat Islam tetapi juga tanggungjawab kepada masyarakat yang bukan beragama Islam. Selain menjadi tanggungjawab setiap individu, ianya turut dilaksanakan secara berkumpulan, termasuklah melalui gerakan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Masa kini, semakin banyak NGO Islam di Sabah aktif dalam memberikan bantuan di pelbagai tempat dan peringkat terutamanya dikala masyarakat terkesan dengan cabaran pandemik Covid-19. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan tanggungjawab sosial NGO Islam di Sabah. Kajian ini berbentuk kualitatif jenis analisis kandungan. Hasil kajian mendapati, antara tanggungjawab sosial yang telah banyak dilaksanakan oleh NGO Islam terutamanya ketika pandemik Covid-19 melanda negara adalah membantu masyarakat dengan memberikan khidmat bantuan kesihatan dan pengurusan kematian. Selain itu juga, badan NGO ini turut menfokuskan kepada khidmat bantuan dari sudut pendidikan dan pembangunan infrastruktur. Semoga pelaksanaan tanggungjawab sosial yang rancak ini turut menjadi medan dakwah bil hal yang mampu menarik minat masyarakat bukan Islam kepada Islam.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Arishin, Siti Saidatulakmal saidatul1862@uitm.edu.my Datu Asal, Sharifah Sari sharifahsari@uitm.edu.my Abd Malik, Nor Alhana noral801@uitm.edu.my Dato Asal, Sharifah Umairah sharifahumairah14@gmail.com Yaakub, Farhana farha5472@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
| ISSN: | 2948-5045 |
| Volume: | 13 |
| Page Range: | pp. 119-123 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Tanggungjawab sosial, NGO Islam, Sabah |
| Date: | 6 September 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/143384 |
