Pemerkasaan institusi dakwah di Sabah

Datu Asal, Sharifah Sari and Ahmadun, Musaiyadah and Arishin, Siti Saidatulakmal and Mustapa, Masnih (2022) Pemerkasaan institusi dakwah di Sabah. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 13: 11. pp. 101-107. ISSN 2948-5045
Abstract

Penglibatan institusi dakwah dalam gerakan dan menyebarkan Islam di Sabah memberi kesan yang besar terutamanya terhadap peningkatan statistik saudara baru di Sabah. Telah banyak program yang dilaksanakan bagi memantapkan usaha dakwah di Sabah. Namun begitu, institusi dakwah di Sabah masih lagi berhadapan dengan cabaran dalaman dan luaran sepanjang melaksanakan usaha dakwah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti strategi dan langkah yang terbaik untuk memperkasakan institusi dakwah di Sabah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk deduktif. Melalui metod deduktif ini, literatur yang dikumpulkan adalah dalam bentuk umum dan daripadanya akan dibuat satu kesimpulan khusus. Hasil kajian mendapati antara strategi yang boleh dilaksanakan untuk memperkasakan institusi dakwah di Sabah adalah meningkatkan jumlah tenaga kerja yang terlibat dalam programdakwah, mengadakan kursus persiapan bagi para pendakwah, membuat program susulan serta kerjasama antara institusi dakwah. Semoga melalui strategi-strategi ini dapat merancakkan lagi dakwah di Sabah dan seterusnya menyebarkan syiar Islam di Borneo.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143378.pdf]
Text
143378.pdf
Download (180kB)
Indexing & Metrics