Dasar Ekonomi Baru: antara legasi ekonomi dan persaingan politik.

Badaruddin, Shaharuddin and Abdullah, Abdul Jabbar (2007) Dasar Ekonomi Baru: antara legasi ekonomi dan persaingan politik. In: National Conference on Marketing (NACOM) 2007, 14-15 August 2007, Dewan Auditorium Kampus Bandar UiTM Melaka.
Abstract

Dasar Ekonomi Baru tampil sebagai dasar affirmative action dalam tahun 1970-an gunanya untuk menghapuskan kemiskinan dan menyeimbangkan masyarakat dari segi ekonomi. Sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah berusaha untuk mengembeling ekonomi Melayu tetapi dalam masa yang sama memberikan keadilan kepada semua kaum. Perbezaan kaum akan cuba dihapuskan dengan memastikan pencapaian ekonomi Melayu berada ditahap 30%. Terdapat beberapa pakar ekonomi mengatakan bahawa ekonomi negara akan rosak kerana campurtangan kerajaan ini. Namun dari segi perlaksanaan DEB tidak menolak dasar pasaran bebas, tetapi cuma menyesesuaikan diri dengan suasana dan kemahuan politik semasa. Walaupun dari segi tempohnya DEB dikatakan tamat dalam tahun 1990, tetapi semangatnya masih dilaksanakan sehingga kini. Semenjak itulah ia menjadi polemik akan keperluan untuk menyambung sebuah dasar yang dikatakan sebagai usang dan mengundur kebelakang. Kertas kerja ini akan cuba menggarap persoalan dan polemik Dasar Ekonomi Baru dari segi politik dan bagaimana ia memberikan kesan kepada hubungan etnik dalam konteks berpolitik di negara ini. Fokus akan diberikan kepada isu-isu yang timbul terutamanya menjelang Pilihanraya Umum yang ke 12.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143031.pdf]
Text
143031.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics