Sumber-sumber zakat di Malaysia: satu penerokaan.

Md. Salleh, Arifin and Ma’in, Masturah and Said, Abdullah and Mohd Noor, Abdul Halim (2007) Sumber-sumber zakat di Malaysia: satu penerokaan. In: National Conference on Marketing (NACOM) 2007, 14-15 August 2007, Dewan Auditorium Kampus Bandar UiTM Melaka.
Abstract

Kajian ini merupakan satu usaha awal meneroka sumber-sumber zakat baru yang ada di Malaysia. Motivasi menjalankan kajian ini adalah dalam usaha memahami akan keperluan pemeluasan zakat memandangkan zakat merupakan tunggak ekonomi umat Islam. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan menganalisis pandangan para pakar dan mereka yang berautoriti dalam bidang zakat melalui temuduga dan seminar. Responden terdiri daripada tujuh Jabatan Mufti, lima ahli akademik dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuann. Data yang diperolehi telah menjawab objektif kajian. Pertama, mengenalpasti sumber-sumber zakat yang sedia ada di Malaysia iaitu sumber zakat tradisi dan penambahan sumber zakat yang baru seperti zakat KWSP, saham dan pendapatan. Kedua, kesemua negeri melaksanakan fatwa zakat pendapatan pada tahun 1997 kecuali Negeri Perak. Ketiga, majoriti responden berpendapat syarikat PETRONAS wajib mengeluarkan zakat berdasarkan objektif penubuhannya adalah untuk mendapat keuntungan. Keempat, responden juga bersetuju memperluaskan pentafsiran harta yang dikenakan zakat sehingga merangkumi semua jenis harta yang memenuhi syarat-syarat umum. Hasil kajian ini dapat memberikan indikator kepada pihak yang berautoriti agar pro aktif dan menjalankan kajian yang berterusan atas sumber-sumber zakat baru di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143030.pdf]
Text
143030.pdf
Download (839kB)
Indexing & Metrics