Kepentingan pendidikan keusahawanan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Kemat Alhaj, Baharu and Idris, Fadzli and Ab. Rahman, Nik Mutasim (2007) Kepentingan pendidikan keusahawanan di institusi pengajian tinggi di Malaysia. In: National Conference on Marketing (NACOM) 2007, 14-15 August 2007, Dewan Auditorium Kampus Bandar UiTM Melaka.
Abstract

Kepentingan pendidikan keusahawanan di Malaysia dapat dilihat daripada kajian-kajian pendidikan keusahawanan di institusi di negara ini dan di lain negara agar dapat dijadikan contoh terhadap kepentingan program pendidikan keusahawanan di Malaysia. Para pengkaji mengenai keusahawanan menyatakan penting pendidikan keusahawanan dibangunkan di institusi pengajian berdasarkan justifikasi bahawa Pendidikan keusahawanan pada asasnya adalah amat berkurangan di sekolah-sekolah. Pendidikan keusahawanan yang wujud hanya dimasukkan ke dalam kursus yang sedia ada atau dalam program disiplin vokasional. Secara umumnya, pendidik-pendidik menyediakan individu sebagai pekerja dan bukannya sebagai majikan. Oleh itu adalah perlu satu program diadakan untuk membantu mendidik pelajar-pelajar menjadi majikan. Pendidikan kerjaya kurang berkesan untuk memberi sumbangan dalam mengenalkan individu terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Kandungan program pengajaran keusahawanan mestilah berasaskan kepada penemuan kajian. Pembelajaran tertentu adalah secara berkumpulan yang menekankan kepada asas keusahawanan dan bukannya jenis-jenis perniagaan. Latihan untuk membentuk seorang usahawan meliputi tiga bidang utama iaitu kesedaran untuk memupuk personaliti seorang usahawan, pengetahuan mengenai apa yang diperlukan bagi mendirikan suatu pemiagaan dan penggunaan prinsip-prinsip keusahawanan bagi mengelola dan mengurus suatu perniagaan. Menyedia dan mendapatkan bahan-bahan pengajaran daripada pihak kerajaan serta badan-badan penerbit perniagaan bagi menyediakan sumber utama pengajaran harian di bilik darjah. Suatu program pengajaran amat berkesan, jika ianya mudah lentur digunakan dalam suatu persekitaran pembelajaran yang pelbagai. Pembelajaran ialah pencapaian terbaik bila ianya merupakan satu proses yang progresif daripada perkara yang mudah kepada yang kompleks dan bila ianya memenuhi keperluan semasa pelajar. Pembangunan keusahawanan di institusi pengajian di Malaysia mempunyai asas-asas yang boleh dimajukan agar dapat memantapkan kurikulum keusahawanan dan seterusnya dapat disesuaikan dengan kurikulum yang lain yang terdapat di institusi pengajian supaya dapat menghasilkan perubahan sikap yang positif terhadap keusahawanan di kalangan pelajar di Malaysia. Bidang keusahawanan ternyata telah menunjukkan kepentingannya dalam kontek menyediakan diri pelajar sebagai seorang yang mempunyai kreativiti, inovasi, keperluan pencapaian motivasi yang tinggi, berani mengambil risiko bagi tujuan perniagaan dan mempunyai fokus kawalan dalaman yang tinggi. Sesungguhnya, proses membentuk sikap keusahawanan di kalangan pelajar adalah satu proses jangka Panjang yang perlu diberi perhatian serius dan penekanan bagi mewujudkan perubahan sikap yang positif terhadap bidang keusahawanan sebagai suatu pilihan kerjaya yang dipandang tinggi. Oleh itu, pendidikan keusahawanan amat penting dibangunkan di institusi

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 143011.pdf]
Text
143011.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics