Sistem litar pencahayaan untuk mikroskop (SISForM)

Muhamad Effendi, Mulyani and Kamin, Noor Aini and Yusof, Rohayu and Ismail, Elham and Idris, Rozita and Norjoharuddeen, Nurfirzana (2023) Sistem litar pencahayaan untuk mikroskop (SISForM). APS Proceedings, 4 (1): 58. pp. 418-426. ISSN 003428568-X

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/370083684...

Identification Number (DOI): 10.5281/zenodo.7832259

Abstract

Mikroskop cahaya adalah alat yang penting dalam amali subjek Biologi. Mikroskop cahaya adalah salah satu jenis mikroskop yang sering digunakan oleh warga pendidik dan pelajar untuk melakukan pemerhatian dan perbesaran objek mikroskopik seperti sel atau tisu pada haiwan dan tumbuhan. Fungsi mikroskop cahaya adalah untuk mendapatkan gambaran secara lebih besar dan terperinci untuk objek-objek kecil yang tidak dapat terlihat oleh mata manusia secara langsung. Fungsi mikroskop cahaya ini begitu signifikan pada jenis lampu dan jumlah cahaya yang digunakan semasa proses pemerhatian slaid spesimen. Disebabkan oleh kos yang tinggi untuk menyelenggara litar pencahayaan dan penukaran mentol pada mikroskop sedia ada atau pun memperbaharui mikroskop model yang baru, maka kebanyakan mikroskop yang sedia ada di sekolah atau kolej matrikulasi menjadi kurang berkesan dalam pemerhatian slaid. Ini berlaku kerana mentol yang digunakan mulai malap selepas 5 tahun penggunaan. Selain daripada itu, litar pintas yang berlaku di dalam litar sedia ada juga menyebabkan mentol tidak dapat berfungsi. Justeru itu, kumpulan kami telah mencipta satu litar yang lebih mudah dibina dan diselenggara dengan menggunakan mentol LED. Litar elektronik ini dikenali sebagai SISForM. Antara kebaikan SISForM ini, ianya mampu menggunakan 2 mod penggunaan sumber elektrik iaitu sumber elektrik secara terus di palam ataupun menggunakan bateri 3A. Selain itu, litar ini juga menggunakan kos yang murah iaitu hanya RM18 berbanding RM600 kos penyelenggaraan oleh syarikat swasta. Penggunaan SISForM dalam pengendalian kelas amali terutamanya amali yang melibatkan mikroskop telah banyak memudahkan pelajar dalam pengecaman spesimen, dimana mereka boleh melihat specimen dengan lebih terang dan jelas. Oleh kerana impak yang positif diperolehi daripada penggunaan kit-litar SISforM ini, ia telah di sebarluaskan di sekolah menengah di sekitar Tangkak dan Muar.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhamad Effendi, Mulyani
bm-1253@moe-dl.edu.my
Kamin, Noor Aini
bm-1302@moe-dl.edu.my
Yusof, Rohayu
bm-1246@moe-dl.edu.my
Ismail, Elham
bm-1308@moe-dl.edu.my
Idris, Rozita
bm-1275@moe-dl.edu.my
Norjoharuddeen, Nurfirzana
bm-1406@moe-dl.edu.my
Subjects: Q Science > QH Natural history - Biology > Biology > Study and teaching. Research
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Electronics > Applications of electronics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: APS Proceedings
ISSN: 003428568-X
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 418-426
Keywords: Biology, Light emitting diodes, Light microscopes
Date: 18 April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142948
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 142948.pdf] Text
142948.pdf

Download (864kB)

ID Number

142948

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details