Program bacaan pantas staf UiTM Puncak Alam: kajian terhadap pencapaian peserta

Jasni, Nurul Diana (2021) Program bacaan pantas staf UiTM Puncak Alam: kajian terhadap pencapaian peserta. Sekitar Perpustakaan (52). pp. 1-9. ISSN 0127-1172

Official URL: https://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/1316

Abstract

Sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan dalam memastikan hala tuju pendidikan negara mempunyai garis ukur yang jelas, Kementerian Pendidikan telah mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang Tahun 2030. Perpustakaan Tun Abd Razak UiTM Puncak Alam turut menyokong hasrat tersebut dengan mengadakan pelbagai program Read@Uni bermula Tahun 2018. Salah satu program yang dilaksanakan di Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor adalah melalui program bacaan pantas atau Bengkel speed reading menggunakan 2 modul bacaan pantas yang bersesuaian. Kajian ini akan berkongsi mengenai hasil pencapaian peserta melalui Bengkel Speed Reading yang telah dilaksanakan bersama staf di UiTM Cawangan Selangor seramai 35 orang. Antara objektif kajian diantaranya ialah untuk i) mendapatkan hasil maklumat berkaitan peningkatan bacaan peserta sebelum dan selepas pengajaran, ii) untuk mengenal pasti kadar bacaan dan kefahaman peserta, dan iii) untuk mengenal pasti tahap bacaan peserta berdasarkan klasifikasi atau pengelasan bacaan pantas. Masa dan kefahaman peserta diukur dan dikira berdasarkan ujian yang diberikan sepanjang program ini dilaksanakan. Setiap peserta program bacaan pantas ini diberikan tunjuk ajar kaedah bacaan pantas serta latihan-latihan bacaan yang bersesuaian dengan bantuan fasilitator program.Berdasarkan hasil dapatan kajian, ia dapat membantu pihak perpustakaan untuk melakukan penambahbaikan terhadap modul yang telah dibangunkan supaya ia dapat dimanfaatkan oleh warga kerja UiTM. Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca dalam kalangan warga kerja UiTM serta menyokong hasrat kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jasni, Nurul Diana
diana875@salam.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Reading (General)
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Electronic information resource literacy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Perpustakaan Tun Abdul Razak
Journal or Publication Title: Sekitar Perpustakaan
ISSN: 0127-1172
Number: 52
Page Range: pp. 1-9
Keywords: Bacaan pantas, Speed reading, Budaya membaca, Budaya ilmu
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142892
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 142892.pdf] Text
142892.pdf

Download (7MB)

ID Number

142892

Indexing

Statistic

Statistic details