Abstract
Coklat adalah antara makanan yang mempunyai kepelbagaian kewujudannya. Coklat boleh didapati dalam bentuk coklat bar, coklat tenusu, gula-gula, kek dan sebagainya. Coklat
adalah hasil pemprosesan bahan utamanya iaitu koko. Coklat boleh dijadikan makanan ringan yang sesuai dimakan di mana jua. Maka tidak hairanlah pembungkusan coklat memainkan
peranan penting dalam dunia pemiagaan coklat. Ini disebabkan pengguna pada zaman sekarang semakin lebih menentukan pilihan produk keinginan mereka. Oleh yang demikian,
pembungkusan produk di lihat sebagai 'kuasa' penting dalam menarik pengguna supaya cenderung ke arah sesuatu produk itu.
Cadbury adalah satu nama besar dalam dunia pemiagaan berasaskan coklat di seluruh dunia. Syarikat Cadbury teJah mula bertapak sebagai antara pengeluar utama coklat di dunia
sejak pertengahan abad ke-19 lagi. Terdapat banyak aspek yang menerajui kejayaan besar Cadbury yang berpanjangan hingga ke hari ini, Antara aspek terpenting yang amat dititik
beratkan oleh Cadbury ialah pembungkusan produk keluaran mereka. Pembungkusan produk keluaran Cadbury melambangkan identiti syarikat Cadbury yang meliputi imej korporat yang amat berkesan dan mempunyai nilai komersial yang bersifat global yang marnpu memikat pengguna di seluruh duma dan juga di Malaysia. Pembungkusan bukan dan segi aspek estetik sahaja tetapi ia juga meliputi aspek keselamatan dan penjagaan terhadap sesuatu produk itu. Pembungkusan yang baik adalah gabungan reka bentuk yang menarik dan kualiti pembungkus yang berkesan. Syarikat Cadbury yang mempunyai studio reka bentuk sendiri amat sedar kepentlngan aspek reka bentuk pembungkusan. Maka tidak hairanlah reka bentuk
pembungkusan Cadbury kini yang diasaskan dari pengolahan identiti korporat mereka yang berkesan telah membawa kejayaan hingga ke han ini. Inovasi rekaan dilakukan dari masa ke
semasa dengan asas pada elemen-elemen unik Cadbury seperti logo taip adalah resipi kejayaan Cadbury. Fungsi pembungkusan produk coklat khususnya mestilah meliputi ciri-cin
pengekalan, perlindungan, pemaparan dan 'functional'. Perlindungan contohnya mampu melindungi produk coklat dari perubahan cuaca dan kelembapan.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Latip, Mohd Nazim UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Standardization. Simplification. Waste N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Commercial art. Advertising art > Special topics, A-Z > Labels > Malaysia N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Commercial art. Advertising art > Special topics, A-Z > Packaging > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Cadbury, produk coklat, rekabentuk |
Date: | 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14279 |
Download
TD_MOHD NAZIM MOHD LATIP AD 00_5.pdf
Download (1MB)