Hubungan antara impak teknologi maklumat dan budaya organisasi dalam kalangan kakitangan FRIM

Mohamed Zemudin, Nor Arinah and Ishak, Muhammad Badri and Mohd Ilham, Nurul Madiha and Wan Suhaimi, Wan Nur Syazmira (2022) Hubungan antara impak teknologi maklumat dan budaya organisasi dalam kalangan kakitangan FRIM. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 168-173. ISSN 9789672948339
Abstract

Penggunaan teknologi dalam organisasi telah mengubah sistem, struktur serta tabiat manusia, sama ada secara peribadi mahupun cara mereka bekerja. Ia banyak memberikan impak kepada sistem komunikasi dalam sesebuah organisasi. Penggunaannya sangat membantu kerana tuntutan organisasi pada masa kini yang memerlukan pelbagai informasi serta maklumat dengan kadar yang cepat dan pantas selain memerlukan pemindahan maklumat yang melibatkan pelbagai jenis bentuk dan medium. Penggunaan teknologi maklumat juga mempengaruhi budaya kerja dalam organisasi. Menggunakan Teori Naturalisasi Media (Media Naturalness Theory) yang dipelopori oleh Ned Kock pada tahun 2001, kajian ini dilakukan untuk melihat impak penggunaan teknologi keatas budaya dalam kalangan kakitangan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Kuala Lumpur.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142778.pdf]
Text
142778.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics