Evolusi tadbir urus dan perundangan wakaf di Malaysia: satu analisis

Hussin, Rohayati and Abdullah @ Abd Halim, Mohd Zulhelmey and Mohammed Noor, Afiffudin and Fazial, Farahdina (2022) Evolusi tadbir urus dan perundangan wakaf di Malaysia: satu analisis. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 125-141. ISSN 9789672948339
Abstract

Wakaf merupakan sektor ekonomi ketiga yang menjadi instrumen dalam membantu kerajaan untuk memajukan sosio ekonomi di Malaysia. Pelbagai agenda berkaitan wakaf dirancang dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi merealisasikan matlamat wakaf. Namun, setiap agenda wakaf yang dirancang dan bakal dilaksanakan adalah tertakluk kepada perundangan wakaf sedia ada agar ia tidak tersasar daripada prinsip wakaf sebenar. Evolusi perundangan wakaf di Malaysia memberi kesan positif terhadap agenda wakaf untuk terus lestari. Namun, dalam dunia globalisasi masa kini, undang-undang wakaf sedia perlu lebih komprehensif agar isu yang timbul dapat diselesaikan dan tadbir urus wakaf dapat diperkasakan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan urustadbir dan perundangan wakaf di Malaysia dahulu dan masa kini. Kajian ini merupakan kajian konseptual yang menggunakan kutipan data perpustakaan dan kaedah analisis dokumen. Melalui kajian ini diharapkan dapat memberi kefahaman kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjadikan wakaf sebagai instrumen dalam sektor ekonomi dan seterusnya isu-isu berkaitan urustadbir dan perundangan dapat dielakkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142766.pdf]
Text
142766.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics