Impak pelaksanaan pementoran dalam pengajaran hifz al-quran maahad tahfiz di Malaysia: suatu sorotan awal.

Ismail, Mohd Jamalil and Baharudin, Harun and Surat, Shahlan and Abdul Hamid, Mohammad Fahmi and Mohd Noor, Muaz (2026) Impak pelaksanaan pementoran dalam pengajaran hifz al-quran maahad tahfiz di Malaysia: suatu sorotan awal. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 9 (1). pp. 13-28. ISSN 2600-9617
Identification Number (DOI): 10.24191/ytbnxm75
Abstract

Kajian ini meneliti impak pelaksanaan pementoran dalam pengajaran hifz al-Quran di maahad tahfiz di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada pembangunan pelajar serta cabaran pelaksanaannya dalam konteks pendidikan semasa. Walaupun konsep mentoring telah dibincangkan secara meluas dalam pendidikan arus perdana, penelitian khusus terhadap amalan pementoran berteraskan talaqqi dan musyafahah dalam institusi maahad tahfiz di Malaysia masih terhad dan belum dihuraikan secara konseptual sebagai satu kerangka pedagogi yang tersusun. Kajian ini berbentuk sorotan literatur konseptual dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan kandungan secara tematik terhadap artikel jurnal, tesis, laporan penyelidikan dan karya ilmiah berkaitan pendidikan tahfiz dan mentoring. Dapatan sintesis menunjukkan bahawa pementoran menyumbang kepada peningkatan motivasi dan keyakinan diri pelajar, pengukuhan hafazan, pembentukan sahsiah, pengurangan tekanan pembelajaran serta pembangunan kemahiran sosial dan kepimpinan. Namun demikian, pelaksanaannya turut berhadapan cabaran termasuk kekangan kompetensi pedagogi digital guru, jurang akses teknologi serta keterbatasan adaptasi pendekatan tradisional dalam persekitaran pembelajaran maya. Sorotan ini menyusun semula literatur pementoran tahfiz dalam konteks Malaysia kepada kerangka tema impak dan cabaran yang dapat berfungsi sebagai asas konseptual bagi pembinaan model serta kajian empirikal lanjutan. Sehubungan itu, kajian ini menegaskan keperluan memperkukuh model pementoran tahfiz yang sistematik, berprinsip dan adaptif oleh institusi tahfiz serta pembuat dasar pendidikan Islam bagi memastikan keberkesanan pengajaran hifz al-Quran secara berterusan dan mampan dalam ekosistem pendidikan digital.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142684.pdf]
Text
142684.pdf
Download (324kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics