World planting day rangsang kelestarian dan pemuliharaan hidupan darat

Abdul Aziz, Noorshilawati and Abdullah, Ilyas (2020) World planting day rangsang kelestarian dan pemuliharaan hidupan darat. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Penerokaan hutan untuk tujuan pertanian dan pembangunan telah banyak mengakibatkan masalah kepada keseimbangan ekosistem alam dan juga perubahan iklim. Penebangan hutan secara meluas tanpa kawalan turut menyebabkan penyusutan saiz dan juga jumlah hutan yang sepatutnya dikekalkan untuk kelestarian hidupan di darat. Di Malaysia, terdapat banyak kes hakisan tanah, pemendapan dan juga kerosakan cerun yang membawa kepada berlakunya tanah runtuh kesan daripada penerokaan tanah dan hutan secara tidak lestari. Selain menjejaskan hidupan di darat, penerokaan hutan di kawasan tadahan air juga akan mengakibatkan pencemaran kepada sumber bekalan air bersih. Menurut perincian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporannya pada tahun 2019, sebanyak 13 juta hektar hutan lenyap setiap tahun kesan daripada aktiviti manusia sekaligus turut menyumbang kepada perubahan iklim dunia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142624.pdf]
Text
142624.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics