Aplikasi inovasi E2 Kit 1.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran litar asas elektrik

Zainol, Siti Rohaiza and Abu Taib, Noor Aziana and Rosli, Wan Nadirah (2022) Aplikasi inovasi E2 Kit 1.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran litar asas elektrik. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 40-49. ISSN 9789672948339
Abstract

Litar Elektrik merupakan topik asas bagi pelajar-pelajar Sijil Teknologi Elektrik (STE) di Kolej Komuniti Jelebu (KKJU) di bawah subjek Prinsip Elektrik. Pembelajaran secara teori sepenuhnya tidak dapat menguatkan asas pengetahuan pelajar. Oleh yang demikian satu Alat Bantuan Mengajar (ABM) iaitu E2 Kit 1.0 di bangunkan bagi membantu pelajar di dalam kelas dan boleh juga digunakan untuk tujuan promosi. Ia merupakan satu panel pengujian yang mempunyai 5 tapak lampu pijar yang boleh disambung bagi menghasilkan litar siri, selari dan siri-selari. Selain itu, ianya juga untuk memudahkan pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan teoritikal. Terdapat lima fasa yang terlibat dalam penghasilan produk inovasi ini iaitu fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan akhir sekali adalah fasa penilaian. Seramai 14 orang responden telah menjawab soal selidik pembangunan E2 Kit 1.0. Alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data daripada pelajar dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Berdasarkan analisa yang telah dijalankan, menunjukkan kesemua elemen yang diuji mencapai tahap tinggi iaitu nilai purata skor min 3.5 selepas penggunaan E2 Kit 1.0 berbanding dengan penggunaan sebelumnya. Berdasarkan analisa yang telah dijalankan, objektif inovasi secara keseluruhannya telah tercapai. Melalui ABM ini pelajar dapat melihat kesan kepada lampu pijar (LP) tersebut apabila di sambung secara siri, selari dan siriselari di samping dapat mengukuhkan kefahaman asas pelajar keatas Litar Elektrik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142598.pdf]
Text
142598.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics