Bandar satelit: potensi dan cabaran

Abd. Rahman, Nor Hadaliza and Zainuddin, Noor Azrin and Mohamed Abdul Kadir, Juliana (2025) Bandar satelit: potensi dan cabaran. e-DINAMIK. pp. 320-321. ISSN 2682-7832
Abstract

Pembangunan bandar satelit semakin penting dalam perancangan bandar moden. Bandar satelit merujuk kepada bandar kecil yang dibina di pinggir bandar utama, lengkap dengan infrastruktur, kawasan perumahan terancang, dan jaringan jalan raya yang menghubungkannya dengan pusat bandar. Walaupun mampu berfungsi secara sendiri, bandar satelit tetap menyokong bandar utama dari segi ekonomi dan sosial. Contoh terawal bandar satelit di Malaysia ialah Petaling Jaya, dibangunkan pada tahun 1952 sebagai sokongan kepada Kuala Lumpur. Ia kemudian diisytiharkan sebagai bandaraya pada 20 Jun 2006. Kini, beberapa bandar satelit lain sedang dirancang dan dibangunkan seperti Bandar Sebang, Renggam, Layang-Layang, Pasir Tumboh, Bintulu, Kidurong dan Samalaju.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142530.pdf]
Text
142530.pdf
Download (571kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics