Legasi boomers: inisiatif UiTM tingkatkan kualiti hidup penghuni Rumah Seri Kenangan

Dahlan, Akehsan (2025) Legasi boomers: inisiatif UiTM tingkatkan kualiti hidup penghuni Rumah Seri Kenangan. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pelaksanaan Program Legasi Boomers Inspirasi Hari Ini yang dijalankan oleh pelajar Program Pengajian Jarak Jauh (EPJJ) Pemulihan Cara Kerja, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program khidmat komuniti ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup, kesejahteraan fizikal, kognitif, dan emosi dalam kalangan 40 orang warga emas di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Ipoh, Perak. Pendekatan intervensi yang digunakan adalah berasaskan penilaian geriatrik yang komprehensif menerusi instrumen Saint Louis University Mental Status Examination (SLUMS) bagi mengukur tahap kognitif dan SARC-F untuk menilai risiko sarcopenia. Hasil penilaian tersebut diterjemahkan kepada aktiviti intervensi bersasaran yang merangkumi chairoby (senaman aerobik berkerusi), reality orientation, serta terapi muzik. Impak program ini membuktikan nilai terapeutik intervensi pemulihan cara kerja dalam merangsang fungsi fizikal dan psikososial komuniti penuaan, sekaligus mencerminkan komitmen UiTM dalam memajukan agenda penuaan sihat melalui pendidikan berasaskan pengalaman dan intervensi kesihatan holistik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142265.pdf]
Text
142265.pdf
Download (596kB)
Indexing & Metrics