Program “mencari khalifah muda: sehari di riyadhus solihin”

Suhaimi, Muhammad Hafiz and Hasan, Hazlin and Mahthir, Nurin Dania (2024) Program “mencari khalifah muda: sehari di riyadhus solihin”. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Pada 22 Jun 2024 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung Program “Mencari Khalifah Muda: Sehari di Riyadhus Solihin” anjuran kumpulan pelajar BA1325B yang merupakan pelajar tahun akhir , Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Pahang. Program yang melibatkan seramai 50 orang peserta terdiri daripada golongan kanak-kanak berumur antara 4 tahun sehingga 7 tahun berasal dari kawasan kejiranan di sekitar Bandar Pusat Jengka ini telah diuruskan oleh seramai 37 orang penganjur termasuk sukarelawan serta dipantau oleh Encik Muhammad Hafiz bin Suhaimi, selaku Pensyarah Penasihat Program. Selain daripada memenuhi keperluan kod kursus Pengurusan Acara (OBM310) yang wajib diambil oleh semua pelajar Semester 5, Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BA132), program ini turut dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa UiTM tentang aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan selain dari memberi peluang untuk berinteraksi dengan masyarakat luar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142122.pdf]
Text
142122.pdf
Download (607kB)
Indexing & Metrics