Abstract
Penukaran asas merupakan salah satu kemahiran yang perlu diajar kepada pelajar terutama melibatkan penukaran asas dua kepada asas lapan. Umum mengetahui apabila ingin menukar dari satu asas kepada asas yang lain perlu menukar kepada asas sepuluh terlebih dahulu. Ini mendorong pelajar untuk tidak menyelesaikan soalan kerana jalan kerja yang panjang dan mengambil masa untuk menyeesaikan soalan ditambah pelajar tidak membawa kalkulator. Oleh itu, bagi mengatasi masalah-masalah tersebut teknik TNG ini diperkenalkan kepada pelajar. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat penguasaan kemahiran pelajar terhadap penukaran asas dua kepada lapan. Selain itu, membuktikan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan penukaran asas dan jalan kerja yang ringkas serta kalkulator sebagai agen menyemak jawapan sama ada betul ataupun tidak. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) semester 2 daripada kursus pembinaan (CTP) Kolej Vokasional Segamat. Kajian ini dijalankan selama sebulan. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil analisis data didapati bahawa semua responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara iaitu dinantara 0% - 40% dalam ujian pra meningkat ke 100% dalam ujian pasca yang dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan teknik TNG ini sangat berkesan dalam membantu pelajar mengusai kemahiran menukar asas dua kepada asas lapan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad Rahim, Mohd Azrin azrinrahimohd@gmail.com Roslin, Nor Farahin farahinroslin@gmail.com Hassan, Noraini ainmate@gmail.com Asmon @ Sariman, Razlin razlinmate@gmail.com Abu Seman, Siti Noraini asnorain@gmail.com Abu Bakar, Norainina aininaabubakar@gmail.com |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Methods of study Q Science > QA Mathematics > Elementary mathematics. Arithmetic |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 4 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 156-163 |
| Keywords: | Binary system (mathematics), Mathematics, Vocational education |
| Date: | 18 April 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141864 |
