Abstract
Institusi masjid merupakan satu elemen penting dalam kehidupan masyarakat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini. Sejarah telah membuktikan bahawa masjid yang wujud di Melaka sejak beratus tahun dahulu mempooyai nilai-nilai seni yang tersendiri. Oleh itu, penulis cuba untuk mengkaji serta membandingkan nilai-nilai seni ini dengan mengambil beberapa contoh masjid lama dan masjid baru yang ada di Melaka. Sebelum itu penulis telah mengklasifikasikan tahun pembinaan masjid lama iaitu sekitar 1700- l800an dan masjid baru pula dalam tahun 1900-1990. Antara masjid lama yang menjadi subjek kajian penulis ialah Masjid Kampung Hulu (1728M) dan Masjid Kampung
Keling (1748M) di Bandar Melaka. Manakala masjid baru pula ialah Masjid Jamek Pekan (1960M) serta Masjid Kelemak (1983M) di Alor Gajah. Semasa menjalankan kajian, penulis telah rnenggunakan beberapa pendekatan atau kaedah seperti kaedah pemerhatian dan temubual. Melalui kaedah pemerhatian, penulis telah pergi ke masjid-masjid tersebut untuk melihat sendiri serta mengambil beberapa gambar komponen-komponen masjid yang ingin dikaji. Antara komponen-komponen tersebut termasuklah bahagian bumbung, kubah, menara, tempat wuduk (kolah), dewan sembahyang, mihrab, mimbar, pintu dan tingkap, pintu gerbang dan pagar serta tiang masjid. Selain itu penulis telah menemuramah beberapa orang penting seperti imam, noja, siak, orang kampung, serta pegawai di Perbadanan Muzium Melaka
bagi mendapatkan maklumat tambahan untuk disertakan dalam kajian penulis. Hasilnya, penulis mendapati masjid lama mempunyai nilai estetika yang lebih tinggi berbanding dengan masjid baru. Ini kerana masjid lama masih lagi mengekalkan
unsur-lillsur tradisionalnya seperti corak-corak serta dekoratif yang terdapat pada komponen-komponen masjid mengikut pengaruh yang datang dari Timur Tengah, China, dan India. Masjid baru pula tidak begitu menyerlah nilai seninya dan terdapat
seni tempatan pada sebahagian binaannya. Melalui kajian ini juga, penulis dapat membuat keputusan bahawa masyarakat pada zaman dahulu membuat sesuatu binaan berdasarkan kepada perasaannya, minat yang mendalam, sensitiviti, dan penuh rasa tanggungjawab terhadap hasil kerja mereka.
Akhir sekali, penulis dapat merumuskan bahawa masjid-masjid lama dan baru di Melaka dapat dinilai seninya berdasarkan kepada bentuk binaan yang terdapat pada komponen-komponen masjid tersebut. Dari situlah masyarakat dapat mengetahui dan
menghayati sejarah lampau sesebuah masjid, nilai seninya, serta boleh menceritakan kembali kepada generasi yang akan datang tentang peri pentingnya institusi masjid ini kepada mereka.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdolah, Azari UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Public buildings > Malaysia N Fine Arts > NA Architecture > Mosques > Malaysia N Fine Arts > NX Arts in general > History of the arts > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Nilai seni, Institusi masjid, masyarakat Islam, Melaka |
Date: | 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14182 |
Download
TD_AZARI ABDOLAH AD 00_5.pdf
Download (1MB)