Pemakanan seimbang & diet sihat: kunci kehidupan berkualiti

Alias, Asmawati @ Fatin Najihah and Mohd Yusoff, Siti Nor Hafiza and Rozali Annuar, Nur Hazirah (2025) Pemakanan seimbang & diet sihat: kunci kehidupan berkualiti. e-DINAMIK. pp. 242-243. ISSN 2682-7832
Abstract

Pemakanan seimbang merujuk kepada pengambilan makanan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti untuk memenuhi keperluan fisiologi tubuh. Pemakanan yang betul bukan sahaja membekalkan tenaga, malah memastikan tubuh mendapat zat makanan penting seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan serat. Konsep ini berkait rapat dengan diet sihat yang menekankan pemilihan makanan berkhasiat serta mengelakkan pengambilan berlebihan. Pemakanan seimbang menekankan kepelbagaian dalam pilihan makanan dan pengambilan nutrien yang seimbang mengikut keperluan individu. Bagi memudahkan masyarakat memahami dan mengamalkan pemakanan seimbang, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan visual. Ianya merupakan panduan rasmi yang menghubungkan konsep pemakanan seimbang bersama amalan diet sihat dengan menekankan kepelbagaian makanan daripada empat kumpulan. Piramid ini disusun mengikut kumpulan makanan yang perlu diutamakan dan yang perlu dikurangkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 141704.pdf]
Text
141704.pdf
Download (577kB)
Indexing & Metrics