Abstract
Prestasi kepimpinan adalah tingkah-laku yang menyatakan kemahiran individu untuk menyesuaikan diri dalam keadaan semasa terutama didalam pergaulan didalam kumpulan yang sentiasa berubah. Kesan perubahan tersebut akan membuatkan organisasi menyatakan persediaan personality kearah kepimpinan dan ini juga menyatakan prestasi adaptif dalam semangat berkerja di dalam organisasi itu penting. Kajian yang telah dilaksanakan ada menunjukkan faktor personality setiap individu berupaya mempengaruhi nilai kepimpinan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh faktor personality terhadap prestasi kepimpinan dalam kalangan Wanita di Sabah. Seramai 300 orang terlibat sebagai responden kajian. Data kajian dikumpul menggunakan 282 responden. Hasil analisis menggunakan Statistical Package for sosial science (SPSS) mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan bagi faktor personaliti Wanita Sabah kearah kepimpinan. Secara keseluruhan dimensi personality dan kepimpinan yang terkandung dalam diri Wanita Sabah paling signifikan. Katakunci; Personaliti dan kepimpinan dilihat sebagai penting, maka menyedari situasi tersebut ianya memerlukan Wanita Sabah untuk lebih bersedia dalam menghadapi sebarang perubahan sebagai seorang individu yang mempunyai nilai personality yang terbaik untuk menjadikan nilai kepimpinan itu lebih berjaya dan berkesan. Malah , menurut Benson et al 2001: Day, 2003:Kouzes and Posner ,2003:Rue and Byars, 2000, kajian mereka telah menghuraikan bahawa kepimpinan itu telah melibatkan proses dua hala iaitu tingkah laku pemimpin yang mempunyai kesinambungan mengenai keberkesanan bentuk personality di dalam perlaksanaan nilai kepimpinan dengan itu maka berlakulah perubahan yang berkesan dalam struktur nilai kepimpinan di dalamorganisasi, ini dapat digariskan perhubungan secara langsung nilai personaliti dan kepimpinan untuk Wanita di Sabah harus bersedia menghadapi cabaran dan persaingan yang bakal dihadapi dan sentiasa wujud dalam apa juga situasi.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Tajuddin, Dewi dewi400@uitm.edu.my Mohammed, Rozita@Uji rozlim97@uitm.edu.my Koh, Jacqueline Siew Len jacqu807@uitm.edu.my Paulus Jidwin@Paul, Agnes agnes @uitm.edu.m David, Jasmin juspi330@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Leadership. Transformational leadership H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Leadership in women. Women executives |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
| ISSN: | 2948-5045 |
| Volume: | 14 |
| Page Range: | pp. 165-177 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Prestasi kepimpinan, Wanita, Personaliti dan kepimpinan |
| Date: | 3 November 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141640 |
