Abstract
Seramai 80 orang pelancong dari Taiwan telah menyertai Bengkel Pandai Batik bersama Batik Merbok UiTM Kedah yang diadakan di Hotel Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Koordina-tor Batik Merbok iaitu En Zaidi Yusoff. Turut hadir En. Mohd Zamri Azizan, Pereka Batik Merbok dan Pn. Chuah Bee Peng, selaku Pengacara Majlis serta beberapa orang Felo Batik Merbok yang turut serta didalam sesi ini. Aktiviti telah bermula pada pukul 2.00 petang setelah semua pelancong Taiwan berkumpul didalam dewan. Pada mulanya, peserta diberi taklimat ringkas berkaitan batik, kemudian diikuti dengan demontrasi oleh En. Mohd Zamri Azizan. Dalam sesi ini juga, peserta diajar cara-cara untuk memilih warna dan menghasilkan tona yang berbeza dalam penghasilan batik. Kata salah seorang pelancong Taiwan itu, berdasarkan pemerhatiannya, walaupun corak batik merbok ini dilihat dengan motif yang lebih moden tetapi ia tetap menyelitkan flora dan fauna untuk menggambarkan suasana tradisi yang terdapat di Malaysia. Beliau begitu tertarik dengan kelainan batik yang dihasilkan oleh Batik Merbok. Akhirnya bengkel ini tamat pada jam 5.00 petang setelah semua peserta berjaya menghasilkan batik.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Shahid, Suhaila UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Khalid, Shaiful Annuar UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Khalis, Faryna faryna@uitm.edu.my Editor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism > Malaysia N Fine Arts > NK Decorative arts > Arts and crafts movement |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | Bengkel Pandai Batik Merbok, Pelancong Taiwan di Kedah, Teknik tona warna batik |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141361 |
