Abstract
Kesesakan jalan raya dan perlumbaan mencari tempat letak kenderaan adalah perkara biasa di sekitar bandar dan pusat warisan di Pulau Pinang. Tetapi kini, anda mempunyai pilihan yang lebih bijak, bebas kos dan mesra pengguna untuk bergerak dalam bandar, iaitu perkhidmatan bas percuma CAT Bus (Central Area Transit) oleh Rapid Penang bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang. CAT Bus ialah perkhidmatan bas ulang-alik yang tidak mengenakan sebarang tambang untuk membantu rakyat dan pelancong bergerak dengan mudah dalam kawasan tapak Warisan Dunia UNESCO, George Town.
Waktu Operasi dan Kekerapan
Bas CAT bermula dari kira-kira 6:00 pagi hingga 11:45 malam setiap hari. Kekerapan sekitar 10–15 minit waktu puncak, dan ~15 minit waktu biasa. Laluan utama: Dari terminal feri di Pengkalan Weld (Weld Quay) ke pusat bandar KOMTAR dan melalui jalan-jalan warisan
Cara Menggunakan CAT Bus
Cari hentian CAT berhampiran terminal utama seperti Weld Quay atau KOMTAR. Tunggu bas dengan papan tanda “Free CAT Bus” atau “CAT”. Naik dan tekan loceng jika anda ingin berhenti. Turun di hentian yang paling hampir dengan destinasi anda. Tidak perlu beli tiket, tidak perlu tunai.
Pengalaman penulis
Penulis telah berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki bas CAT di George Town dan ternyata ia satu pengalaman yang sangat menyenangkan. Laluan bas melalui jalan-jalan warisan yang penuh nilai sejarah, menjadikan perjalanan bukan sekadar satu perjalanan rutin, tetapi juga peluang untuk menikmati keindahan seni bina lama yang mempesona. Tambahan pula, penulis tidak perlu risau tentang masalah parkir atau bayaran, hanya perlu naik, duduk dengan selesa dan turun di destinasi dengan senyuman. Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan kesesakan di dalam bas pilihlah perjalanan diluar waktu kemuncak.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Kechil, Rafizah UNSPECIFIED Wan Mohammad, Wan Anisha UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | CAT Bus, Tapak warisan dunia UNESCO, Bas percuma |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141182 |
