Punca, gejala dan rawatan resdung

Kechil, Rafizah and Johan, Elly Johana (2026) Punca, gejala dan rawatan resdung. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Resdung atau dikenali dalam istilah perubatan sebagai sinusitis, ialah keadaan keradangan atau jangkitan pada rongga sinus. Sinus merupakan ruang berongga yang terletak di sekitar hidung, dahi, pipi dan belakang mata. Apabila sinus tersumbat dan dipenuhi mukus, bakteria atau virus mudah membiak lalu menyebabkan jangkitan. Resdung pada kanak-kanak bukan sekadar masalah hingus. Jika dibiarkan, ia boleh merebak dari hidung ke telinga dan menyebabkan jangkitan bernanah yang menyakitkan. Doktor menerangkan bahawa hidung, sinus dan telinga saling berkait, terutamanya pada kanak-kanak yang salurannya masih kecil. Bila sinus tersumbat terlalu lama, jangkitan boleh merebak ke telinga tengah. Untuk mengenal pasti puncanya dengan jelas, doktor akan menjalankan CT scan. Berikut ialah contoh imej CT scan pesakit resdung yang mengalami masalah jangkitan telinga hingga bernanah. Resdung boleh menjejaskan kualiti hidup jika tidak dirawat dengan betul. Pengesanan awal, rawatan yang sesuai dan langkah pencegahan yang berkesan amat penting bagi mengelakkan komplikasi jangka panjang.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kechil, Rafizah
UNSPECIFIED
Johan, Elly Johana
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Resdung, Jangkitan telinga, CT scan
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141164
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 141164.pdf] Text
141164.pdf

Download (1MB)

ID Number

141164

Indexing

Statistic

Statistic details