Abstract
Projek Aku & Buku ini merupakan sebuah inisiatif murni oleh Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah yang menghimpunkan karya penulisan kreatif oleh seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari pelbagai fakulti dan jabatan. Kompilasi ini adalah manifestasi semangat cinta terhadap ilmu, bahasa, dan budaya, serta usaha berterusan untuk memupuk pemikiran kritis dan ungkapan kreatif di kalangan warga universiti. Penulisan dan penerbitan merupakan antara medium utama dalam penyebaran ilmu, dan ia memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat berilmu dan berbudaya. Namun di samping kesibukan menulis artikel ilmiah berimpak tinggi, projek Aku & Buku muncul bagi menawarkan peluang warga universiti untuk menulis buah fikiran dan pengalaman peribadi dalam bentuk santai namun sampai ke hati pembaca. Himpunan karya-karya kreatif ini bukan sahaja menyemarakkan lagi arena kesusasteraan tanah air, tetapi turut memberi peluang kepada para akademik untuk menyuarakan idea, pandangan, dan imaginasi mereka dalam bentuk yang segar dan bermakna.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahim, Mas Aida masaida@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Ahmad@Ahmad Jali, Fathiyah fathiyah@uitm.edu.my Editor Ahmad Shafiai, Noor ‘Izzati noorizzati@uitm.edu.my |
| Subjects: | A General Works > Indexes (General) P Language and Literature > PN Literature (General) > Oratory P Language and Literature > PN Literature (General) > Oratory > Storytelling |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | pp. 62-64 |
| Keywords: | Pembacaan, Semangat, Ramadhan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141144 |
