Lain dulu lain sekarang: mainan tanpa gajet

Umar, Norazah (2026) Lain dulu lain sekarang: mainan tanpa gajet. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Menjadi ibu bapa yang membesarkan anakanak daripada generasi Y, Z hingga generasi Alpha, memang susah untuk elak daripada membebel bila melihat anak asyik berkepit dengan gajet berjam-jam tanpa henti. Hakikatnya, inilah zaman mereka, gajet dan teknologi sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian. Tidak dinafikan teknologi membawa banyak manfaat, namun jika tidak diuruskan dengan baik, ia juga boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak. Lain pula ceritanya kanak-kanak sekitar era 70-an hingga 90-an, ketika gajet masih belum wujud dan kreativiti menjadi teman utama mengisi masa lapang. Permainan yang dicipta bukan sahaja menyeronokkan, malah menuntut pergerakan aktif yang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan. Perkongsian ini sekadar ingin mengajak kita mengimbau semula permainan zaman dulu yang penuh dengan gelak ketawa, detik-detik yang mungkin jarang dirasai anak-anak hari ini. Inilah di antara permainan yang cukup sinonim dengan kanak-kanak yang kini dah pun menjadi golongan veteran.
Lompat Getah / Zero Point
Permainan ini lebih popular di kalangan kanak-kanak perempuan. Menggunakan getah yang dianyam panjang sama ada selapis atau 2 lapis jika nakkan getah itu sedikit tebal dan lebih kuat. Permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya 3 pemain di mana 2 orang akan memegang getah dah seorang lagi akan melompat mengikut ketinggian yang akan dilaraskan mulai paras buku lali hingga melepasi paras kepala.
Tuju Tin / Tuju Kasut
Jika sekarang ada permainan bowling, zaman dulu ada main tuju tin atau tuju kasut. Permainan ni biasanya dimainkan di kawasan lapang, guna tin susu kosong yang disusun bentuk piramid, dengan bola tenis atau selipar sebagai alat balingan. Ada juga yang guna kasut sebagai sasaran, sebab tu lah orang panggil tuju kasut. Setiap pemain selalunya diberi tiga peluang untuk menjatuhkan semua tin. Bila tin berjaya dijatuhkan, kumpulan pelontar perlu cepat-cepat susun balik tin ke bentuk asal, sementara kumpulan penjaga pula akan kejar bola dan cuba membaling ke arah badan pemain yang sedang menyusun. Ini lah masa yang paling kelam-kabut dan riuh dengan jeritan.
Tarik Upih
Upih pinang adalah pelepah atau "pangkal" daun pokok pinang. Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang lebih tua atau besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya. Memang seronok bila orang tarik kita. Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu. Lebih meriah kalau kita adakan perlumbaan. Cuma yang susahnya nak main upih ni nak kena tunggu upih luruh dulu baru boleh main. Upih pula tak luruh hari-hari.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Umar, Norazah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Permainan tradisional, Gajet, Kanak-Kanak
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/141125
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 141125.pdf] Text
141125.pdf

Download (3MB)

ID Number

141125

Indexing

Statistic

Statistic details