Pembangunan kerangka tadbir urus syariah untuk platform crowdfunding di Malaysia

Abd Latif, Amir Abrar and Abd Malik, Nor Alhana and Satu Asal, Sharifah Sari and Rizalman4, Muhammad Izzuddin Yassin (2025) Pembangunan kerangka tadbir urus syariah untuk platform crowdfunding di Malaysia. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 16: 41. pp. 357-364. ISSN 2948-5045
Abstract

Pertumbuhan pesat platform crowdfunding di Malaysia sebagai sumber pembiayaan alternatif telah mencetuskan keperluan kepada satu kerangka tadbir urus Syariah yang bersesuaian dengan konteks digital dan terbuka. Berbeza dengan institusi kewangan Islam yang tertakluk kepada Shariah Governance Policy Document (SGPD) oleh Bank Negara Malaysia, platform crowdfunding tidak tertakluk secara langsung kepada struktur kawal selia Syariah yang standard. Justeru, kajian ini bertujuan membangunkan satu kerangka tadbir urus Syariah baharu yang dapat disesuaikan dengan operasi platform crowdfunding Islam di Malaysia. Reka bentuk kajian ini bersifat kualitatif melalui analisis dokumen, melibatkan Guidelines on Recognized Markets oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, SGPD BNM, dan artikel jurnal berindeks yang berkaitan. Hasil kajian mengenal pasti lima komponen utama yang diperlukan dalam kerangka tadbir urus baharu: pematuhan perundangan, pengawasan Syariah luaran, penggunaan kontrak Syariah, pemantauan berasaskan teknologi, serta penglibatan pihak berkepentingan. Kerangka ini turut dibandingkan dengan SGPD asal bagi mengenal pasti penyesuaian kritikal dan kelebihannya terhadap keperluan operasi crowdfunding. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan kerangka kawal selia Islam yang lebih inklusif dan berdaya saing dalam ekosistem pembiayaan digital.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 140988.pdf]
Text
140988.pdf
Download (219kB)
Indexing & Metrics