Keberkesanan kursus bahasa Arab peringkat diploma dalam proses pembelajaran dari segi pertuturan: kajian kes di UiTM Zon Utara (Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli dan Idris Mansor

Awang @ Mohd Ramli, Abdul Basir and Mansor, Idris (2005) Keberkesanan kursus bahasa Arab peringkat diploma dalam proses pembelajaran dari segi pertuturan: kajian kes di UiTM Zon Utara (Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli dan Idris Mansor. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Kajian keberkesanan kursus bahasa Arab dari segi pertuturan ini amat penting
memandangkan aspek pertuturan adalah asas utama sesuatu bahasa. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk melihat faktor pemilihan bahasa ini sebagai bahasa ketiga dan
pengaruhnya terhadap pertuturan. Seterusnya mengkaji tahap kebolehan bertutur pelajar
selepas mengikuti kursus ini selama dua semester dan mencari kaedah pembplajaran yang
terbaik untuk pertuturan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dan temubual.
Seramai 150 orang responden dari UiTM Kedah dan Perlis dipilih untuk soal selidik dan
46 orang untuk temubual . Kaedah pemilihan yang digunakan ialah kaedah persempelan
rawak berstrata. Sebahagian data telah dianalisis dengan menggunakan Statistikal
Package for Social Sciences (SPSS) versi 10.0. Manakala sebahagian lagi dianalisis
dengan menggunakan kaedah peratusan. Hasil kajian menunjukkan responden dapat
bertutur bahasa Arab dengan baik berdasarkan objektif kursus BAB 101 dan BAB 151.
Antara faktor utama keberkesanan ini ialah minat dan kefahaman pelajar yang jelas
terhadap kepentingan Bahasa Arab. Selain itu teknik yang sesuai digunakan untuk
pertuturan ialah teknik pengulangan bacaan dan kepelbagaian aktiviti. Faktor kekurangan
perbendaharaan dan ketiadaan situasi yang menggunakan Bahasa Arab dikenalpasti
sebagai faktor penghalang komunikasi. Untuk memperbanyakkan perbendaharaan kata
para pelajar perlu diperluaskan skop perbincangan, bukan sekadar yang terdapat dalam
buku teks atau latihan sahaja. Mereka juga perlu didedahkan dengan buku-buku bacaan
sampingan yang mudah. Para pelajar juga perlu diberi kefahaman tentang bahasa ini agar
tidak timbul soal negatif seperti bahasa yang susah dan sebagainya. Kajian yang
seterusnya perlu dilakukan untuk mengenalpasti sejauhmana kepentingan bahasa Arab ini
dalam kehidupan khususnya di alam pekerjaan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang @ Mohd Ramli, Abdul Basir
UNSPECIFIED
Mansor, Idris
UNSPECIFIED
Subjects:
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
Divisions:
Keywords: Kursus Bahasa Arab; Proses Pembelajaran
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1406
Edit Item
Edit Item

Download

Full text not available from this repository.

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

1406

Indexing

Statistic

Statistic details