Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri digital natives Malaysia di sebuah universiti awam di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sifat-sifat digital natives dengan strategi pembelajaran bahasa dan implikasi pedagogi di dalam kelas bahasa. Seramai 150 orang pelajar daripada pelbagai kursus dari Fakulti Pendidikan UiTM Shah Alam telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian secara soal selidik telah digunakan. Kajian soal selidik ini mengambil kira sifat-sifat digital natives, strategi pembelajaran bahasa mereka serta implikasi
pedagogi di dalam kelas pembelajaran bahasa. Keputusan kajian menunjukkan bahawa digital natives di Malaysia mempunyai sifat yang sama seperti yang dilaporkan di dalam laporan-laporan terdahulu seperti mahir menggunakan pelbagai platform teknologi, penggunaan Internet secara aktif, mempunyai tempoh tumpuan yang pendek, cenderung membuat dua kerja dalam satu masa, cenderung kepada aktiviti yang individualistik dan interaktif, cenderung terhadap aktiviti berkumpulan dan teman sebaya, cenderung membaca secara ringkas, dan cenderung memilih teks
pendek dengan kadar pertukaran maklumat yang tinggi. Sifat-sifat ini juga telah mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa mereka seperti tidak menyukai kuliah yang panjang, cenderung melayari laman yang interaktif, tidak menyukai aktiviti
berulang, dan cenderung untuk melakukan pembacaan ringkas. Keputusan kajian juga menunjukkan yang kelas ideal untuk digital natives patut memikirkan pembelajaran berfokuskan kepada pelajar, pembelajaran berdikari, tempoh kuliah, pendekatan
penglibatan-aktif, waktu rehat, maklumbalas, dan penggunaan teknologi.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdulah, Nadia Syazana UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > College and university teachers > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia P Language and Literature > PE English language > Study and teaching > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Education |
Programme: | Bachelor of Education (Hons.) |
Keywords: | Digital natives, universiti awam, pembelajaran bahasa, pedagogi, pembelajaran bahasa |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14005 |
Download
14005.pdf
Download (136kB)