Prospek penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dalam melestari pendidikan mualaf di Malaysia

Kamal Basir, Mohd. Zuhaili and Md. Sham, Fariza and Nur A’thiroh Masyaa’il, Tan Abdullah @ Tan Ai Pao and Mohd Samsi, Mohd Shafik and Abdullah, Norliza (2025) Prospek penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dalam melestari pendidikan mualaf di Malaysia. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 16: 15. pp. 112-121. ISSN 2948-5045

Official URL: https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/issue/...

Abstract

Kajian ini meneroka potensi penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dalam memperkasa proses pembelajaran mualaf, khususnya dalam konteks pendidikan Islam. Peralihan seseorang kepada agama Islam bukan sahaja melibatkan aspek keimanan, tetapi juga memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap ajaran agama, budaya baharu dan sistem nilai masyarakat Muslim. Namun begitu, kekangan dari segi sumber manusia, bahan pembelajaran, serta lokasi geografi sering menjadi cabaran utama dalam menyampaikan ilmu kepada mualaf secara berkesan. Sehubungan itu, teknologi AI berupaya menjadi pemangkin kepada pendekatan pembelajaran yang bersifat peribadi, adaptif dan interaktif. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif menerusi kaedah analisis dokumen yang merangkumi jurnal, prosiding, tesis dan bahan-bahan rujukan sekunder lain yang dapat memberikan input mengenai Kecerdasan Buatan (AI) dan pendekatan pembelajaran mualaf. Hasil kajian mendapati aplikasi berasaskan AI seperti tutor maya, chatbot dakwah dan pembelajaran bahasa al-Quran menggunakan pemprosesan bahasa semula jadi (Natural Language Processing, NLP) dapat membantu mualaf meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam. Malahan, Integrasi AI dalam modul pembelajaran mualaf mampu meningkatkan kadar penglibatan, kefahaman dan motivasi pembelajaran mereka. Kajian ini mencadangkan pembangunan ekosistem teknologi yang bersifat holistik, inklusif dan mesra pengguna bagi menyokong pembelajaran berterusan mualaf secara lestari.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kamal Basir, Mohd. Zuhaili
mohdz3506@uitm.edu.my
Md. Sham, Fariza
farisham@ukm.edu.my
Nur A’thiroh Masyaa’il, Tan Abdullah @ Tan Ai Pao
athiroh@uitm.edu.my
Mohd Samsi, Mohd Shafik
shafik299@uitm.edu.my
Abdullah, Norliza
norliza189@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology
L Education > LC Special aspects of education > Education of special classes of persons > Exceptional children and youth. Special education
L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Volume: 16
Page Range: pp. 112-121
Related URLs:
Keywords: mualaf, kecerdasan buatan, pembelajaran Islam, teknologi pendidikan, dakwah digital
Date: 5 September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/139791
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 139791.pdf] Text
139791.pdf

Download (328kB)

ID Number

139791

Indexing

Statistic

Statistic details