Integrasi nilai Maqasid Syariah dalam kurikulum Mata Pelajaran Umum (MPU): satu tinjauan awal di UiTM Cawangan Sarawak

Hamdan, Nazirah and Mohd Noor, Noor Ain and Amiruddin, Nur Adilah and Md Radzi, Mohamad Bazli and Yusof, Mohd Asyraf (2025) Integrasi nilai Maqasid Syariah dalam kurikulum Mata Pelajaran Umum (MPU): satu tinjauan awal di UiTM Cawangan Sarawak. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 16: 14. pp. 107-111. ISSN 2948-5045
Abstract

Kajian ini membincangkan potensi integrasi nilai-nilai Maqasid Syariah dalam kurikulum Mata Pelajaran Umum (MPU) di institusi pengajian tinggi, khususnya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak. Maqasid Syariah yang merangkumi lima prinsip utama iaitu penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kesemua elemen ini menjadi kerangka nilaian Islam yang holistik dan sejagat yang signifikan dalam segenap aspek kehidupan. Melalui pendekatan kualitatif berbentuk teoritikal, kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan sorotan literatur terhadap dokumen kurikulum kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) yang terpilih iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban I (CTU152) dan Pengantar Etika dan Peradaban (IDA153). Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai-nilai Maqasid Syariah boleh diintegrasikan secara sistematik dalam topik-topik kursus MPU, sekali gus menyumbang kepada pembentukan sahsiah pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan nilai sejagat yang terkandung dalam Maqasid Syariah dijadikan asas kepada pembangunan kurikulum yang lebih inklusif dan berteraskan etika, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi pembangunan insan holistik. Implikasi kajian ini membuka ruang kepada penyelidikan lanjut dalam memperkukuh pendidikan nilai di peringkat pengajian tinggi

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 139780.pdf]
Text
139780.pdf
Download (374kB)
Indexing & Metrics