Hasil kajian pengesanan graduat IPT tahun 2006: penanda aras pencapaian Universiti Teknologi MARA / Pusat Perancangan Strategik, UiTM

UiTM, Pusat Perancangan Strategik (2006) Hasil kajian pengesanan graduat IPT tahun 2006: penanda aras pencapaian Universiti Teknologi MARA / Pusat Perancangan Strategik, UiTM. Pusat Perancangan Strategik, UiTM.

Abstract

Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diarahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia untuk menjalankan Kajian Pengesanan Graduat. Kajian ini adalah untuk mengukur tahap employability dan marketability serta kecenderungan graduat untuk melanjutkan pengajian dan mengukur tahap kepuasan graduat terhadap kurikulum, sistem penilaian, bimbingan kerjaya dan kemudahan prasarana yang disediakan oleh setiap IPT. Satu pembentangan Hasil Kajian Pengesanan Graduat IPT 2006 telah diadakan pada 20 Mac 2007 di Palm Garden Hotel, Putrajaya oleh Protesor Dr. Yusof Bin Abu Bakar selaku Penasihat Khas Y.B. Menteri Pengajian Tinggi. Objektif pembentangan tersebut adalah untuk memaklumkan dan berkongsi dapatan hasil daripada Kajian Pengesanan Graduat IPT yang telah dijalankan sepanjang tahun 2006 oleh semua IPT yang terlibat termasuk UiTM. Kajian tersebut telah dijalankan secara online iaitu sistem yang dibangunkan oleh pihak KPT di mana UiTM telah dipilih sebagai projek perintis. Hasil daripada pembentangan Kajian Pengesanan Graduat IPT 2006 kedudukan kesemua IPTA dan IPTS yang menyertai kajian ini dilaporkan.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Pusat Perancangan Strategik
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Centre for Strategic Planning and Information (CSPI)
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13826
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 13826.pdf] Text
13826.pdf

Download (4MB)

ID Number

13826

Indexing

Statistic

Statistic details