Abstract
Permasalahan Nilai Sempadan (Boundary Value Problems, BVP) merupakan salah satu topik penting dalam kursus matematik lanjutan kerana aplikasinya yang meluas dalam analisis haba, getaran, mekanik bendalir dan sistem elektrik. Namun demikian, tahap penguasaan pelajar terhadap topik ini sering menunjukkan variasi yang ketara. Kajian ini bertujuan membandingkan prestasi pelajar daripada program kejuruteraan yang berbeza dalam menjawab soalan peperiksaan akhir berkaitan Permasalahan Nilai Sempadan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk perbandingan. Sampel terdiri daripada 27 orang pelajar ijazah sarjana muda daripada tiga program kejuruteraan, iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang. Data diperoleh daripada markah soalan BVP dalam peperiksaan akhir dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif serta ujian ANOVA satu hala. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min markah antara program, namun perbezaan tersebut tidak signifikan pada aras keertian 0.05
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Kechil, Rafizah rafizah025@uitm.edu.my Chew, Yee Ming chewyeeming@uitm.edu.my Mohamed, Siti Asmah sitiasmah109@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research > Quantitative research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Merging Lanes: Where E-Learning Diversity Meets Future Trends |
| ISSN: | 978-629-98755-9-8 |
| Volume: | 11 |
| Page Range: | pp. 172-176 |
| Keywords: | Permasalahan Nilai Sempadan, Pendidikan kejuruteraan, Analisis perbandingan |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/138237 |
