Penyelenggaraan bangunan : perbandingan di antara Bangunan Pintar dan Konvensional / Wan Samsul Zamani Wan Hamdan

Wan Hamdan, Wan Samsul Zamani (2000) Penyelenggaraan bangunan : perbandingan di antara Bangunan Pintar dan Konvensional / Wan Samsul Zamani Wan Hamdan. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Bangunan PNB dan Bangunan Getah Asli merupakan bangunan
Konvensional. Manakala Menara Maxis dan Wisma Cyclecarri pula adalah merupakan Bangunan Pintar. Secara ringkasnya , tujuan sebenar disertasi ini dibuat adalah untuk
menentukan dan mengenalpasti sama ada sistem-sistem pintar yang berteknologi tinggi di dalam bangunan senantiasa menjamin keberkesanan dalam penyelenggaraan bangunan. Ini kerana, ramai berpendapat, malah pemilik bangunan sendiri beranggapan bahawa penggunaan sistem teknologi pintar di dalam sesebuah bangunan akan memberikan tersebut. Keberkesanan terhadap penyelenggaraan bangunan oleh itu, untuk mendapatkan penentuan keberkesanan penyelenggaraan Bangunan Pintar maka kaedah penentuannya adalah dengan membuat kajian perbandingan penyelenggaraan Bangunan Pintar dan Bangunan
Konvensional. Mengambilkira sistem kemudahan bangunan iaitu seperti sistem lif, sistem penghawa dingin, sistem pencahayaan dan sistem pencegahan kebakaran. Pengambilan sistem kemudahan bangunan akan dijadikan sebagai alat
perbandingan penyelenggaran . bangunan. Ini adalah kerana, kebanyakkan kemudahan-kemudahan bangunan seperti lif, sistem penqhawa dingin, sistem pencahayaan dan sistem pencegahan kebakaran terdapat pada keempat-empat bangunan yang dipilih untuk dissertasi ini. Justeru itu, ini akan memudahkan kajian dan analisa perbandingan penyelenggaraan di antara Bangunan Pintar dan Bangunan Konvensional. Walau bagaimanapun, setiap perbandingan yang hendak dilakukan, mestilah mempunyai kayu pengukur bagi menentukan dan mengenalpasti keberkesanan sesuatu perkara yang dikaji. Oleh itu, kayu pengukur bagi perbandinqan penyelenggaraan sistem kemudahan bangunan pada keempat-empat bangunan tersebut adalah berdasarkan jumlah kerosakan, aduan, pembaikan, servis, dan juga kos penyelenggaraan kemudahan bangunan tersebut. Melalui kajian dan analisa terhadap sistem kemudahan bangunan pada kempat-empat bangunan tersebut, maka keberkesanan sistem penyelenggaraan Bangunan Pintar dapat ditentukan melalui kaedah kajian dan penqanalisaan kuantitatif.
Di dalam disertasi ini juga, akan dijelaskan mengenai pengurusan penyelenggaraan bangunan bagi mendapat kefahaman yang jelas mengenai penyelenggaraan bangunan. Penqertian sebenar berkenaan Bangunan Pintar dan Bangunan Konvensional juga dijelaskan dalam disertasi in; bagi mendapatkan kefahaman yang sebenar mengenainya. Di samping itu juga sistem-sistem bangunan dan integrasi sistem juga dibincangkan bagi mengetahui jenis-jenis sistem bangunan yang digunakan dan diintegrasikan untuk Bangunan Pintar dan Bangunan Konvensional. Di akhir disertasi ini, kesimpulan dan cadangan diberikan terhadap hasil kajian dan penganalisan yang telah dijalankan.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Hamdan, Wan Samsul Zamani
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Systems of building construction. Industrialized building > Malaysia
T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Penyelenggaraan bangunan, Bangunan Pintar, Bangunan Konvensional
Date: 2000
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13813
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_WAN SAMSUL ZAMANI WAN HAMDAN AP 00_5.pdf] Text
TD_WAN SAMSUL ZAMANI WAN HAMDAN AP 00_5.pdf

Download (0B)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

13813

Indexing

Statistic

Statistic details