Abstract
Kemudahan Kawalan Kebakaran di Bangunan-Bangunan lnstitut Latihan Perindustrian merupakan tajuk dissertasi yang dipilih oleh penulis memandangkan topik ini adalah berkaitan dengan keselamatan bangunan dimana akibat berlakunya akan memusnahkan hartabenda dan mengorbankan
nyawa. Rekabentuk bangunan yang menarik dan mempunyai kemudahan kawalan kebakaran yang berteknologi canggih, tidak akan berkesan jika tidak tahu menggunakannya dan mempunyai pengurusan penyelenggaraan yang tidak terancang belum tentu menjamin keselamatan sifar pada bangunan tersebut. Penekanan lebih diberikan kepada keberkesanan peralatan sistem pencegahan kebakaran secara aktif yang biasa diaplikasikan di bangunan-bangunan Institut.
Jenis dan perletakan sistem pencegahan keselamatan kebakaran yang sesuai mengikut kegunaan janis bangunan dengan merujuk kepada piawaian-piawaian berkaitan iaitu Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Akta
Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341 ). Topik yang diberi keutamaan adalah kepekaan pihak pengurusan bangunan
dalam menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan kepada peralatan sistem pencegahan keselamatan kebakaran. Perancangan penyelenggaraan yang teratur dengan mengikut kehendak-kehendak piawaian dan dilengkapi jadual serta rekod pemeriksaan dan penyelenggaraan. Melalui konsep ini akan dapat mencapai tahap keselamatan yang lebih efektif dan effisien. Pengetahuan, pengalaman dan keperihatinan kepada semua pihak baik terlibat secara langsung atau tidak langsung mengenai kemudahan kawalan kebakaran
dan keselamatan persekitaran yang baik akan menjamin kurangnya bayangan risiko kebakaran. Gabungan pihak penguatkuasaan seperti Majlis Tempatan, Bomba dan Jabatan Keselamatan dan disertai jaminan pihak Insuran, diharap
dapat memberi kesedaran dan faedah kepada masyarakat akan kepentinqan sistem pencegahan kebakaran yang dititik beratkan.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jumin, Norpisah UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Systems of building construction. Industrialized building > Malaysia T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Bachelor Of Building Surveying (Hons.) |
Keywords: | Kemudahan kawalan kebakaran, keselamatan bangunan, rekabentuk bangunan |
Date: | 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13811 |
Download
TD_NORPISAH JUMIN AP 00_5 1.pdf
Download (1MB)