Inovasi bahan terbuang jana pendapatan

Ahmad Zaki, Junaiza and Shafie, Amran and Fauzi, Ahmad and Kusin, Mazlin and Rosman, Norhafizah (2022) Inovasi bahan terbuang jana pendapatan. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Pusat Pengajian Industri Perkayuan (PPIP), Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pahang dengan inisiatif Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) telah menjalankan satu projek komuniti, Program Rekabentuk Kitaran (Circular Design) pada 29 hingga 31 Mac 2022 bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS, Bandar Jengka. Program Bengkel Pembangunan Rekabentuk ini bertemakan Berinovasi Jana Pendapatan Dari Bahan Terbuang. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat pengguna, bagaimana bahan terbuang boleh ditingkatkan nilai guna dan diberi nilai tambah dengan olahan menjadi produk pengguna, memberi kesedaran di kalangankomuniti untuk terus menjaga bumi supaya tidak dicemari sampah atau mengurangkan sampah dan juga mengajar peserta merekabentuk dan pembangunan produk hasil seniberasaskan bahan buangan menggunakan alatan teknologi mesin.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 138107.pdf]
Text
138107.pdf
Download (433kB)
Indexing & Metrics