Perbandingan pengurusan penyenggaraan antara institusi pengajian tinggi awam dan swasta / Norhaliza Md. Zainal

Md. Zainal, Norhaliza (2002) Perbandingan pengurusan penyenggaraan antara institusi pengajian tinggi awam dan swasta / Norhaliza Md. Zainal. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Tidak ramai yang mengetahui kepentingan penyenggaraan bagi sesebuah bangunan, sedangkan ianya adalah merupakan satu bidang yang amat penting untuk menjaga kualiti, prestasi dan hayat sesuatu bangunan. Bangunan yang berkualiti, berprestasi dan mempunyai jangkahayat yang
panjang tentunya lahir daripada sistem pengurusan yang cekap, terancang dan tersusun, maka penghasilan dissertasi ini adalah untuk membuat perbandingan pengurusan penyenggaraan di antara bangunan awam dan
bangunan swasta. Bangunan swam dikatakan milik kerajaan seringkali dikatakan tidak disenggara dengan baik dan sempurna berbanding dengan bangunan swasta yang lebih bersistematik dari segi pengurusan penyenggaraan. Oleh
itu, penghasilan dissertasi ini berobjektif untuk memberikan pendedahan dan gambaran sebenar mengenai sistem pengurusan penyenggaraan di antara bangunan awam dan banqunan swasta. Bangunan awam dan bangunan swasta yang dibandingkan adalah sebuah institusi pengajian tinggi. Penekanan kajian adalah tertumpu kepada sistem
pengurusan dari aspek polisi penyenggaraan, strategi penyenggaraan, kategori penyenggaraan, aduan kerosakan, perlaksanaan kerja, kos penyenggaraan, peruntukan penyenggaraan dan juga keadaan bangunan. Kajian ini diharap akan dapat melihat perbezaan pengurusan penyenggaraan antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan seterusnya beberapa cadangan dan pendekatan dapat
dibuat bagi menjamin sistem pengurusan penyenggaraan yang lebih sempuma antara bangunan awamdan swasta.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md. Zainal, Norhaliza
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation > Maintenance and repair
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Penyenggaraan bangunan, pengurusan penyenggaraan, bangunan awam
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13810
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_NORHALIZA MD. ZAINAL AP 02_5.pdf] Text
TD_NORHALIZA MD. ZAINAL AP 02_5.pdf

Download (0B)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

13810

Indexing

|

Statistic

Statistic details