Abstract
Perancangan pembangunan lima tahun (2006-2010) UiTM ini merupakan proses yang merangkumi lapan langkah berikut: mengumpul maklumat pencapaian Universiti untuk lima tahun terdahulu, menganalisis trend pencapaian pelaksanaan perancangan pembangunan, menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang mungkin dihadapi dalam masa lima tahun akan datang, membentuk gambaran masa depan Universiti menerusi pemyataan misi dan visi Universiti, merangka matlamat-matlamat teras Universiti berdasarkan kepada keperluan Kementerian Pengajian Tinggi, merangka matlamat sokongan berdasarkan fungsi utama Universiti, merangka strategi-strategi lapan keutamaan operasi Universiti berdasarkan teras dasar yang relevan, dan membentuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap strategi tersebut. Proses di atas telah didokumenkan dengan jayanya di dalam dokumen Rancangan Pelaksanaan RMKe-9 UiTM ini.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13805 |