Transformasi usahawan asnaf menerusi Program Pembangunan Insan merupakan inisiatif proaktif oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertujuan membantu meningkatkan potensi golongan asnaf dalam sektor keusahawanan. Inisiatif ini sejajar dengan objektif MAINS sendiri bagi meningkatkan keberkesanan agihan zakat menerusi strategi serampang dua mata, iaitu memastikan setiap asnaf mampu menjalani kehidupan sejahtera di samping membina potensi diri untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Kajian ini bertujuan menilai penerimaan usahawan asnaf terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan menggunakan Model SERVQUAL. Model ini menilai lima dimensi utama kualiti perkhidmatan, iaitu tangibles (ketara), reliability (kebolehpercayaan), responsiveness (tindak balas), assurance (jaminan), dan empathy (empati). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada sampel usahawan asnaf yang berdaftar dengan MAINS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara beberapa dimensi SERVQUAL dengan tahap penerimaan usahawan asnaf terhadap perkhidmatan yang diterima. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang persepsi kumpulan asnaf terhadap perkhidmatan institusi agama, serta memberikan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan sokongan ekonomi asnaf di Negeri Sembilan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Meerangani, Khairul Azhar azharmeerangani@uitm.edu.my Abdul Hamid, Mohammad Fahmi fahmihamid@uitm.edu.my Jofri, Muhamad Hanif mhanif@uthm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) > Malaysia H Social Sciences > HF Commerce > Customer services. Customer relations > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF) |
| ISSN: | 2590-3942 |
| Volume: | 7 |
| Number: | 2 |
| Page Range: | pp. 39-50 |
| Keywords: | Usahawan asnaf, Kualiti perkhidmatan, SERVQUAL, MAINS, Penerimaan pelanggan |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136993 |
136993.pdf
