Peranan teknologi dalam membantu usahawan hari ini mendepani Covid-19

UiTM Kelantan, MASMED (2022) Peranan teknologi dalam membantu usahawan hari ini mendepani Covid-19. Bulletin. Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), Machang, UiTM Kelantan.

Abstract

Pada era globalisasi, sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita untuk mencuba sesuatu yang baharu dan menjadi perhatian. Sehubungan itu, suatu produk baharu yang berada di pasaran akan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi, apatah lagi apabila produk tersebut menepati cita rasa para pengguna. Peranan usahawan bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan negara dari segi ekonomi bahkan turut melibatkan struktur perniagaan dan masyarakat. Keusahawanan melalui proses kreativiti dan inovasi mencipta produk baharu dan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan untuk memenuhi kehendak masyarakat setempat. Keusahawanan boleh menyumbang kepada pembangunan negara ekonomi negara. Rezeki yang mencukupi dapat menyumbang ke arah kehidupan dan kemakmuran bersama. Keusahawanan juga meningkatkan kualiti kehidupan dengan penemuan demi penemuan baharu dan sekaligus dapat memperluaskan produk di pasaran dan dapat memberi kebebasan pengguna untuk membuat pilihan. Sejak kebelakangan ini, virus korona telah melanda di seluruh dunia termasuk lah negara Malaysia dan penularan virus telah banyak memberi kesan kepada ekonomi, perniagaan dan individu itu sendiri. Oleh itu, semua pihak terpaksa menghadapi cabaran dalam mengharungi wabak ini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM Kelantan, MASMED
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED)
Keywords: MASMED, Jom Nego, UiTM Kelantan
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136863
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 136863.pdf] Text
136863.pdf

Download (1MB)

ID Number

136863

Indexing

Statistic

Statistic details